8 Gaya Moden Ala Eva Chen,@evachen212 Patut Cuba - Glam Malaysia
8 Gaya Moden Ala @evachen212 Patut Cuba

8 Gaya Moden Ala Eva Chen,@evachen212 Patut Cuba

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya pernah bersua dengan influencer fesyen, Eva Chen sewaktu minggu fesyen New York yang lalu. Kagum dapat melihatnya secara fizikal. Rupanya sama dengan apa yang terlihat biasa di Instagram feed-nya. Personalitinya tampak peramah, disenangi dan bersahaja. Bersolek pun ala tipis sahaja. Namun, ada aura yang tersendiri. Eva juga seorang penulis buku dan pernah menjadi juri untuk rancangan realiti ‘Next in Fashion’ terbitan Netflix.

Sudah berkeluarga dan baru sahaja melahirkan cahaya mata baru pada Mei lepas. Eva membuktikan bergelar ibu dan isteri, bukanlah penghalang untuknya mengutamakan stail dalam gaya harian. 

Antara signature gaya Eva yang paling diingat adalah skirt labuh. Tak ramai sebenarnya perempuan yang gemar mengenakan skirt labuh dalam gaya sehari-harian. Ada yang rasa takut terlihat terlalu feminin, out-of-style, atau bahkan tidak selesa. Walhal, mengenakan skirt seperti yang seringnya dipakai Eva, dapat melindung kakimu sehingga membuat gayamu terluhat moden, mengenakan skirt juga dapat terasa sangat selesa. 

See also
FESTIVE MOOD ON! Keriangan Tahun Baru Bersama H&M dan Adik-Beradik Kuan.

Menyarung skirt labuh, misalnya yang bercorak floral tidak akan membuatmu terlihat “terlalu feminin”, apapun kata orang, hakikatnya ia dengan mudah membuatmu tampil anggun dan classy. 

Selain skirt labuh, Eva turut gemar mengenakan penampilan bernuansa neutral atau kusam, bersesuaian dengan mood tempat tinggalnya iaitu New York. “Mix & match” merupakan kunci gaya Eva untuk sentiasa tampil stylish. Kot labuh, printed trench coat antara yang menjadi kesukaan Eva. Ini bermaksud, untuk muncul stylish yet modern seperti Eva, haruslah bisa melakukan mix & match antara pakaian yang sedia ada dan akan semakin mudah untuk dilakukan jika kamu memiliki variasi pakaian (seperti Eva), yang mana tidak mungkin untuk dilaksanakan.

Oleh itu, semak gaya-gaya stylish Eva yang wajib diketahui untuk terlihat lebih memukau seperti simbol wanita moden pilihan GLAM, Eva Chen. 

  1. KEMEJA DRESS

Tip styling ‘dress shirt’ amat mudah. Kemeja dress boleh dipadankan dengan apapun. Asalkan kamu mengenakan ukuran yang sesuai dengan bentuk tubuh, kamu tidak perlu rasa bimbang terlihat tidak moden. Kemeja dress nuansa neutral yang dipakai Eva ini membuat penampilanmu terlihat lebih kasual dan matang.

See also
Musim Bunga di Bandar Oleh Louis Vuitton