7 Gaya Berpasangan Terbaik Keanu Reeves & Alexandra Grant
Pasangan pujaan, Keanu Reeves dan Alexandra Grant jarang membuat penampilan umum bersama. Bagaimanapun apabila muncul di khalayak ramai, mereka sentiasa kelihatan bergaya.
Keanu Reeves sering dirakam menyarung sut rona gelap yang dipadankan bersama kasut but, manakala teman wanitanya pula gemar menggayakan gaun labuh. Baru-baru ini pasangan itu menayang aksi mesra ketika membuat penampilan di Contemporary Art Gala di Los Angeles. Pasangan kegemaran netizen ini dilihat bercukupan di karpet merah, sekali gus membuatkan hadirin teruja.
Glam kongsikan beberapa momen fesyen Keanu Reeves dan Alexandra Grant sebagai pasangan kekasih setakat ini.
0 Comments