Use your ← → (arrow) keys to browse
Menggemari skarf.
Skarf sutera adalah ‘topi kasual’ Ratu Elizabeth. Dia kerap menggayakannya pada majlis yang lebih santai seperti Pameran Kuda Windsor Diraja atau ketika menunggang kuda dan memandu Land Rover kesayangannya semasa tidak bertugas.
Walaupun menggemari skarf jenama Hermes, mendiang juga sering mengenakan jenama Launer dengan pelbagai motif menarik seperti flora dan ekuestrian. Disebabkan minat mendalam terhadap skarf Hermes, jenama itu memberi penghormatan kepada mendiang dengan melancarkan koleksi istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-90 baginda pada 2016.