Use your ← → (arrow) keys to browse
Sentiasa membimbit tas tangan rekaan khas.
Sama seperti Sophia Petrillo dari sitkom The Golden Girls, mendiang Ratu jarang dilihat tanpa beg tangannya. Antara kegemarannya adalah Royale (RM14,567), Turandot (RM14,612) dan Traviata (RM12,862) daripada jenama beg tangan mewah Launer yang memiliki waran Diraja sejak 1968.
Bethan Holt, pengarang The Queen: 70 years Of Majestic Style mendedahkan, tas tangan mendiang “mempunyai tali ekstra panjang iaitu 16 inci agar selesa digantung di lengannya, diperincikan dengan sutera bukannya suede, dan diubah suai menjadi lebih ringan sejak sedekad lalu agar tidak membebankan baginda.”