Use your ← → (arrow) keys to browse
Barang kemas sering menjadi perhiasan yang melengkapkan penampilan serta menambah elemen elegan dan sofistikated kepada gaya seorang wanita.
Barang kemas bukan sahaja menjadi simbol kemewahan dan keindahan, tetapi juga mempunyai nilai sentimental bagi seseorang. Oleh itu, penjagaan perhiasan adalah penting untuk memastikan ia kekal cantik dan tahan lama. Dengan cara pembersihan yang betul,perhiasan anda boleh sentiasa kelihatan baru, bersinar, dan memancarkan kecantikan aslinya. GLAM akan berkongsi tips bersihkan barang kemas untuk mengekalkan kualiti barang kesayangan anda.
#1 Penggunaan Sabun Lembut & Air Suam
Penggunaan sabun lembut dan air suam adalah penting kerana ia selamat untuk kebanyakan jenis barang kemas dan tidak mengandungi bahan kimia yang keras. Bahan kimia yang keras boleh merosakkan perhiasan anda. Air suam membantu melonggarkan kotoran dan minyak yang melekat, menjadikan pembersihan lebih efektif tanpa merosakkan permukaan perhiasan berikut. Sabun lembut juga memastikan barang kemas kekal berkilau dan mengekalkan warna asal tanpa risiko kerosakan, terutamanya pada bahan yang lebih sensitif seperti mutiara. Campurkan beberapa titis sabun lembut dengan air suam. Seterusnya, rendam perhiasan anda selama 15-20 minit untuk melonggarkan kotoran dan minyak yang melekat. Perhiasan boleh digosok perlahan-lahan menggunakan berus gig yang lembut untuk menanggal kotoran.