Kemeja berkolar putih memang sentiasa menjadi keperluan dalam almari. Tetapi anda boleh menjadikannya lebih bergaya dan santai dengan cara penggayaan yang betul. Margot Robbie memberi inspirasi dengan menyarung blazer potongan kotak dari Bottega Veneta, dipadankan dengan kemeja krim yang tidak dikancing dan t-shirt putih di dalamnya. Dengan seluar jeans longgar dan beg bahu kulit yang kemas, gaya smart casual beliau cukup effortless dan moden.