5 Model Made In Malaysia Yang Patut Anda Kenali - Glam Malaysia

5 Model Made In Malaysia Yang Patut Anda Kenali

Seringkali kita melihat foto-foto pentas peragaan dipenuhi oleh model-model ternama yang memberikan impresi dan aura yang gah seperti Jourdan Dunn, Soo-Joo Park, Chanel Iman, Liu Wen, Cong He, dan ramai lagi. Namun Malaysia juga mempunyai barisan model yang mampu menandingi model-model antarabangsa ini. Lihat 5 orang model yang sudah menempa nama dalam dunia peragaan tempatan.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Atikah Karim (175cm)

Gadis berasal daripada Negeri Di Bawah Bayu ini pernah mencuba nasibnya dalam pertandingan ratu cantik sebelum dia mengecapi kejayaan melalui “Ford Models Supermodel of the World Search Malaysia” pada tahun 2011. Dengan kulit sawo matangnya dan lirikan mata nan sensualnya memberikan Atikah some major brownie points tatkala dia beraksi di atas pentas peragaan mahupun di set penggambaran. Dia juga sudah berjalan di atas pentas peragaan antarabangsa sebanyak 21 kali.