5 Koleksi Tahun Baru Lunar 2026 Untuk Diterokai - Glam Malaysia

5 Koleksi Tahun Baru Lunar 2026 Untuk Diterokai

Menjelang Tahun Baru Lunar 2026, GLAM menghimpunkan lima koleksi Lunar terkini yang wajar menjadi pilihan utama dalam gerobok fesyen musim perayaan ini!

Berlabuhnya tahun baharu, giliran Tahun Kuda mengikut zodiak kalendar Cina, membuka tirai musim perayaan yang sarat dengan rasa pembaharuan dan harapan. Musim ini, deretan jenama tempatan menghadirkan himpunan koleksi bersempena Tahun Baru Lunar yang bernuansa segar dan penuh makna. Daripada rekaan yang berakar pada warisan Asia hingga interpretasi moden yang penuh kekinian, setiap koleksi diraikan serta diaspirasi dengan semangat baru yang dibawa melangkah ke lembaran tahun yang seterusnya.

Ini Senarai Jenama Tempatan Bersempena Koleksi Tahun Baru Lunar 2026

1. Khoon Hooi — Bloom of Blessings

Koleksi Tahun Baru Lunar 2026 Khoon Hooi mekar dengan kemewahan yang tenang, menyulam naratif kegembiraan, keanggunan dan kelimpahan. Siluet berinspirasikan qipao ditafsirkan semula melalui lensa moden, daripada potongan lembut hingga motif flora yang berbisik tentang restu dan kemakmuran. Palet dopamine-bright digandingkan dengan pastel yang elegan, manakala gaun bias-cut yang ringan nyata sesuai untuk iklim tropika. Perincian seperti broked ikonik, satin jacquard, labuci flora serta butiran kristal dan mutiara pula menyerlahkan ketelitian kraf, menginjek aura perayaan yang melangkah ke musim baharu.

See also
Koleksi Penuh Khoon Hooi

2. FIZIWOO — MUI & LAU

Fiziwoo mempersembahkan koleksi MUI & LAU merupakan penghormatan label ini bersama WOOBROTHERS terhadap era keemasan Hong Kong, diinspirasikan oleh dua ikon ikonik, Anita Mui dan Andy Lau. Koleksi kembar ini menghidupkan semula semangat tahun 1980-an melalui sisi yang kontemporari. MUI menzahirkan koleksi buat wanita yang bernada feminiti berani, ekspresif dan transformasi ala Anita Mui, dengan 10 rekaan. Manakala koleksi LAU merakam maskuliniti, berdisiplin dan karisma abadi seperti Andy Lau, dengan 6 rekaan yang dipersembahkan. Bersama, kedua-dua koleksi lantas mencipta dialog halus antara masa lalu dan kini, merayakan identiti, kraf dan legenda budaya buat perayaan Tahun Baru Lunar kali ini.

3. What To Wear — Bloom

{“ARInfo”:{“IsUseAR”:false},”Version”:”1.0.0″,”MakeupInfo”:{“IsUseMakeup”:false},”FaceliftInfo”:{“IsChangeEyeLift”:false,”IsChangeFacelift”:false,”IsChangePostureLift”:false,”IsChangeNose”:false,”IsChangeFaceChin”:false,”IsChangeMouth”:false,”IsChangeThinFace”:false},”BeautyInfo”:{“SwitchMedicatedAcne”:false,”IsAIBeauty”:false,”IsBrightEyes”:false,”IsSharpen”:false,”IsOldBeauty”:false,”IsReduceBlackEyes”:false},”HandlerInfo”:{“AppName”:2},”FilterInfo”:{“IsUseFilter”:false}}

Menerusi Koleksi Musim Bunga 2026 ‘Bloom’, jenama What To Wear mengangkat feminiti dan keyakinan wanita melalui bahasa gaya yang lembut, matang dan penuh karakter. Diilhamkan dengan detik bunga yang mekar, rekaan koleksi menekankan siluet versatil, fabrik premium dan perincian rapi yang menyokong ekspresi individu dalam bingkai elegan moden. Koleksi ini meraikan pembaharuan dan keindahan yang bersinar buat penata gaya wanita, untuk melangkah ke tahun baru dengan rasa yakin, ceria dan anggun.

See also
#GLAMRaya 4: Nafas Moden Musim Lebaran 2017

4. Rizman Ruzaini — Scion of Saigon

Musim ini, Rizman Ruzaini menghadirkan koleksi Tahun Baru Lunar 2026 dengan mengangkat tema ‘Scion of Saigon’, sebuah kapsul yang berakar pada jiwa kota Ho Chi Minh. Ia adalah pertemuan romantisme lama dan denyut moden. Di mana, siluet memanjang, belahan lembut dan volume yang terukir bergerak seiring dengan motif orkid, lipatan kipas dan aksen metalik yang berkilau seperti cahaya kota senja. Palet warna emas hangat, ungu orkid, hijau jed serta hitam elegan dipancarkan pada koleksi, tidak ketinggalan dengan elemen glamor yang kekal menjadi DNA buat label Rizman Ruzaini. Ia meraikan feminiti Asia Tenggara yang bernada anggun dan penuh sofistikated untuk musim perayaan ini.

5. YULEZA – 风绣千祥

Yuleza mempersembahkan koleksi Lunar 2026, 绣千祥, sebuah penghormatan kontemporari terhadap warisan, simbolisme dan kehalusan kraf. Ia diilhami daripada puisi bermakna seni bina lama serta aliran alam, yang ditafsirkan dengan motif tradisi melalui lensa editorial moden. Daripada teratai, singa shishi dan buah delima hingga pic serta Buddha’s hand, kesemuanya memberi lambang tuah dan pembaharuan. Siluet berstruktur seperti tailored top, skirt memanjang dan kolar berunsur seni bina, diseimbangkan dengan tekstur lembut yang beralun. Dalam pada itu, rona merah bertuah, hijau jed, emas lembut dan tona moonlit neutrals menyempurnakan naratif budaya yang elegan dan relevan, mengundang pemakai melangkah ke tahun baharu dengan penuh gaya.

See also
Meraikan Nota Keindividuan

Artikel berkaitan: Kempen Fesyen Yang Menyinari Tahun Baru Lunar 2025

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.