5 Gaya Pentas Ernie Zakri Pilihan GLAM - Glam Malaysia
5 Gaya Pentas Ernie Zakri Pilihan GLAM

5 Gaya Pentas Ernie Zakri Pilihan GLAM

Harus diakui, Ernie Zakri antara figura muzik yang konsisten dalam menyusun gaya pentasnya. Berpegang pada paksi gaya yang tersendiri, Ernie Zakri hadirkan glamor dan elegan di setiap penampilannya. Satu pujian yang selayaknya diraih. GLAM memilih lima gaya pentas terbaik Ernie Zakri sepanjang 2023. 

 

KONSERT DECADANS @ARTISTARIGENTARI

 

What a way to close 2023! Pada hari-hari terakhir 2023, Ernie ke Singapura untuk mengadakan satu persembahan istimewa untuk konsert Decadans @artistarigentari. Seperti biasa, Ernie menggunakan modest fashion sebagai salah satu medium untuk mengekspresikan diri dengan melibatkan nilai-nilai budaya. Yang mana, terdapat sorotan budaya pada penampilan ini yang merupakan rekaan oleh Amaze. Memilih warna fuschia pink yang sangat menonjol, mengusung rekaan yang mungkin diangkat dari sebuah kisah budaya tertentu. GLAM juga kurang pasti cerita disebalik outfit ini. Penataan hijabnya memang ekstravaganza. Sesuai buat penyanyi yang menampilkan tren modest fashion bagi mereka yang ingin bergaya mewah, tanpa meninggalkan kultur tanah air. 

#SFMM38

Kami suka pada gaya ini sewaktu Ernie mengadakan persembahan untuk acara semi final Muzik-Muzik ke-38. Mempertaruhkan lagu ‘Astana’ untuk AJL 2024, Ernie sekali lagi memilih rekaan Amaze untuk acara bermakna tersebut. Paduan warna hitam dan hijau, mengupayakan menciptakan gaya modest yang bergaya mewah moden, feminin dengan sentuhan edgy, dan tak luput dari elegansi nyatanya berhasil dipamerkan dalam penampilan Ernie ini. 

ANOTHER RED MOMENT

Penata gaya Ernie untuk penampilan ini nyata peka pada tren 2023. Iaitu rona merah. A total red look. Ernie diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan di konsert Tribute to Sudirman dan memilih outfit serba merah (termasuk hijab) hasil rekaan Amaze. Untuk ini, Ernie menjunjung modest fashion dengan sentuhan gaya subtil dan distingtif. Not too much, just perfect for a concert event. Ernie sekali lagi mempertegas posisinya dalam dunia modest dengan kreativitinya. 

TIK TOK AWARDS 2023

Yes, metallic. Pilihan ton warna yang sesuai dengan tema untuk acara Tik Tok Awards 2023. Berilhamkan trend fesyen Y2K, Ernie memilih metalik sebagai gaya utama. Neckline tinggi dan detail berstruktur di bahagian pinggul. Siluet dan potongannya sangat kuat dengan elemen futuristik yang dimodifikasi menjadi lebih kontemporati dan sesuai untuk tema acara tersebut. Gaya ini merupakan hasil penataan gaya oleh Nazlivingastyle dan solekan oleh Sahir Sabri.

ANUGERAH JUARA LAGU KE-37

Antara busana paling ikonik Ernie Zakri dalam sepanjang kerjaya nyanyiannya. To me, something dramatic but still subtle. Sesuai dengan kisah lagu yang disampaikannya malam itu juga status Ernie sebagai penyanyi. As an established singer, this is how you dress. Istimewa untuk momen bermakna ini, Ernie memilih pereka fesyen Amaze untuk menghasilkan busananya. Menurut Ernie, busana ini hadir dalam siluet “ballgown”, “bodice” yang berstruktur. Menambah efek anggun dan kemewahan. Yang menjadi penarik utama ialah bahagian gaun yang dilapisi organza dari tujuh rona diseliratkan dan dijahit satu persatu membentuk pusaran multirona. Definitely a masterpiece. 

Artikel berkaitan: 5 Stail Fyza Kadir Sepanjang 2023 Pilihan GLAM