5 Gaya Fesyen Raisa Jadi Inspirasi Pilihan GLAM
Raisa atau nama penuhnya Raisa Andriana bukan sekadar penyanyi dengan suara yang memukau, tetapi juga ikon fesyen yang sentiasa tampil anggun dan penuh cita rasa.
Setiap kemunculannya, sama ada di atas pentas, karpet merah atau gaya kasual memperlihatkan keseimbangan antara kesederhanaan dan kemewahan yang menjadi identiti gayanya. Dari potongan klasik hingga rekaan moden, Raisa bijak memilih busana yang mencerminkan personaliti lembut, elegan dan berkeyakinan tinggi. Berikut lima gaya fesyen terkini Raisa yang menjadi inspirasi ramai.
1. Casual Street Luxe

Raisa sering mempamerkan gaya santai namun tetap mewah. Salah satu penampilan yang menarik perhatian ialah ketika beliau mengenakan jaket kulit perang dipadankan dengan t-shirt dan jeans biru longgar. Aksesori seperti beg tangan Louis Vuitton dan anting-anting hoop besar melengkapkan gaya “street luxe” yang tampak effortless tetapi tetap eksklusif.
2. Monokrom

Gaya serba hitam atau menjadi antara pilihan kegemaran ibu anak satu ini. Beliau sering dilihat dalam blazer hitam dengan potongan tajam digandingkan bersama seluar high-waist dan kasut but tinggi. Penampilan ini memberi sentuhan kuat dan berwibawa, menyerlahkan sisi profesional dan moden dalam dirinya, gaya yang sesuai untuk wanita aktif dan berkeyakinan sepertinya.
3. Gaun glamour

Apabila berada di acara besar atau karpet merah, Raisa tampil bak bintang filem Hollywood. Gaun merah menyala atau berkilauan, dengan potongan off-shoulder dan slit tinggi, menjadi pilihannya. Dengan solekan lembut dan rambut dirapi kemas, Raisa sentiasa tampil elegan tanpa perlu berlebihan.
4. Gaya feminin

Di luar pentas, wanita bersuara lunak ini gemar dengan gaya feminin yang romantis. Gaun pastel, floral print atau dress putih polos sering menjadi pilihannya untuk acara santai. Potongan lembut dan rekaan minimalis menjadikan penampilannya segar serta mencerminkan sisi lembut dan penuh pesona.
5. Fesyen high-end

Sebagai ikon fesyen Asia Tenggara, Raisa sering bekerjasama dengan jenama mewah seperti Louis Vuitton dan Dior. Dia memilih busana moden dan diserikan aksesori mewah yang tidak keterlaluan.
Artikel Berkaitan: Fakta Menarik Hamish Daud: Karier, Sisi Pencinta Laut & Secebis Cerita Bersama Raisa
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

