5 Gaya Date Night Sempena Hari Kekasih

5 Gaya Date Night Inspirasi Selebriti Untuk Dicuba Pada Hari Kekasih

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sama ada anda seorang romantik sejati atau tidak begitu peduli dengan sambutan perayaan komersial, 14 Februari semakin menghampiri, yang bermakna perancangan Hari Kekasih bakal menjadi topik perbualan. Mungkin anda bercadang untuk sesuatu yang mewah—percutian hujung minggu bersama pasangan lengkap dengan urutan berdua dan makan malam  romantis atau mungkin anda lebih memilih untuk meraikan ‘Galentines’ dengan sahabat baik, diiringi gelak tawa dan nachos.

Apa pun rancangannya, tiada yang lebih seronok daripada menggayakan penampilan baru . Untuk meraikan hari istimewa ini, GLAM Malaysia berkongsi inspirasi gaya   menarik (dan tidak terlalu klise!) yang diilhamkan oleh selebriti kegemaran ramai.

Pesona Leopard

Image may contain Jeff Fager Elle Fanning Person Adult Clothing Footwear Shoe High Heel Fashion and Wedding

Gaya vintaj Elle Fanning di after-party Golden Globes adalah inspirasi terbaik untuk malam romantik anda. Mungkin aura ‘90-an yang memberi nostalgia kepada kita—bayangkan sahaja Fran Fine memikat hati Mr. Sheffield dengan gaya ini—atau mungkin kerana kesederhanaannya yang mudah untuk digayakan. Cukup dengan gaun bercorak leopard yang mempunyai potongan sempurna (koleksi Dolce & Gabbana x Skims adalah pilihan yang ideal!), dipadankan dengan kasut tumit rendah gaya minimalis dan aksesori ringkas. Gaya ini sesuai untuk malam yang penuh keseronokan di luar bersama insan tersayang.