5 Busana Diraja Pilihan GLAM Sempena Aidilfitri - Glam Malaysia

5 Busana Diraja Pilihan GLAM Sempena Aidilfitri

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aidilfitri bukan sekadar meraikan kemenangan, tetapi turut menjadi pentas penuh gaya buat para kerabat diraja yang tampil anggun dalam persalinan tradisional yang memukau. Tahun ini, GLAM memilih 5 busana Diraja sempena Aidilfitri, ia menyerlahkan keindahan warisan Melayu dalam sentuhan penuh sofistikasi. Dari rona pastel yang lembut hingga warna-warna mewah yang berani, setiap gaya menggabungkan elemen klasik dan moden dengan begitu harmoni.

YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda

GLAM sememangnya menggemari penampilan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam sempena sambutan Aidilfitri ini kerana gayanya yang begitu anggun, serba lembut dan penuh kelembutan keibuan. Padanan baju kurung klasik dalam rona pastel hijau pudina dan ungu lavendar bersama dua puteri kecilnya memancarkan aura keanggunan diraja yang penuh ketelitian. Perincian sulaman flora berwarna-warni di atas fabrik tenun menyerlahkan kehalusan seni dan cita rasa tinggi. Ia bukan sekadar satu gaya — tetapi satu simbol kelembutan, kasih sayang dan warisan yang penuh makna.

See also
Style Rocks! 2018 Menghimpunkan Crazy Rich Asians of Kuala Lumpur

Pasti yang meilihat jatuh hati pada bagaimana setiap helaian disatukan — dari kain yang serasi, potongan yang sopan, hinggalah aksesori yang minimal namun cukup elegan. Inilah definisi sofistikated yang tidak berlebih-lebihan, namun tetap menyerlah.