4 Tas Michael Kors SS21 Patut Miliki - Glam Malaysia

4 Tas Michael Kors SS21 Patut Miliki

Jenama Michael Kors antara yang terawal mengadakan pementasan fesyen secara digital. Bermula dari perancangan yang rapi, sehinggalah tibanya hari acara musim bunga/panas 2021 dianjurkan, ia berkonsepkan virtual. Khusus musim bunga 2021, Michael Kors memperlahankan sedikit rentak jenamanya, atas sebab situasi semasa yang mendesak kita untuk mula belajar bersederhana. 

Maka itu, Michael Kors akur dengan senario hari ini, yang mana krisis pandemik yang masih berterusan, namun ada menampakkan perubahan yang lebih positif. Pun begitu, melalui himpunan musim bunga 2021, Michael Kors mengambil alam dan kehidupan sebagai ilham utama dalam pembentukkan rekaan baharu. Mengangkat tema ‘urban nature’ sebagai semangat baharu yang menyemati tiap rekaan yang terkandung dalam koleksi musim baharu. Biarpun, situasi semasa memaksa Michael Kors untuk memperlahankan kelangsungan jenamanya, tawaran aksesori musim baharu kekal dengan rekaan yang serba stylish, mengutamakan perihal stail. Kami memilih lima tas Michael Kors garapan musim bunga 2021 yang wajib dimiliki.

See also
FENDI Buka Butik Pertama di Madrid – Gabungan Mewah Sepanyol dan Sentuhan Ikonik FENDI

BEG BUCKET

Michael Kors

We love everything about this fun bag. Beg bucket bercetak kulit ular ini, cukup bold sekali ilhamnya. Cetakan kulit ular itulah yang membuatkan rekaannya kelihatan ‘mahal’. Tambahan lagi, rekaan beg ini penuh bertenaga dan bagi kami, kerana cetakannya, ia mampu stand alone. Penonjolannya yang tidak disangkal lagi akan memberi penegasan gaya sewaktu membawanya. 

KLUTCH ANYAMAN

Michael Kors

Klutch semakin jarang membuat ‘kemunculan’ dikalangan fesyenista. Usah lupa akan keberadaan klutch, kerana klutch Michael Kors yang ini, dibaluti perincian anyaman ala-ala menonjolkan sumber alam. Warnanya yang ‘sederhana’ dalam ton warna tanah, cukup sempurna menggambarkan inspirasi Michael Kors kali ini yakni alam.

BEG SATCHEL

Michael Kors

Beg ini banyak kegunaannya. Selain bertujuan untuk dibawa ke pejabat, sifatnya yang formal dipengaruhi oleh elemen-elemen vintaj, ia dikira rekaan yang “tak lapuk dek zaman”. Aspek ketradisionalan yang memaut pada beg dokumen ini, diserasikan dengan kemahuan semasa bagi melengkapi uniform baharu.

MINI ME

Michael Kors

Karung kecil ini, perasan atau tidak ia sebenarnya aksesori kecil yang menjadi kepentingan setiap wanita. Banyak fungsinya, terutamanya untuk menyimpan aksesori kecil lain, seperti barang kemas. Kemudiannya, disimpan di dalam tas tangan harian. Agree?

#MichaelKors

See also
Tiga Nota Penting Daripada Koleksi Coach Fall 2022

Artikel berkaitan: TOD’S Shirt Bag, Statement Musim Baharu