4 Tahun DOLLA, Imbas 7 Gaya Terbaik Pilihan GLAM

4 Tahun DOLLA, Imbas 7 Gaya Terbaik Pilihan GLAM

Baru-baru ini, DOLLA telah meraikan ulang tahun ke-4 mereka. Kumpulan ini memperlihatkan bukan sahaja vokal dan koreografi yang luar biasa, tetapi juga kebolehan fesyen yang memukau di pentas, menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi bagi penggemar fesyen.

DOLLA adalah kumpulan idola wanita Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2019, terdiri daripada ahli Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Mereka mendapat populariti melalui elemen vokal yang hebat dan persembahan yang bersemangat, menggabungkan elemen-elemen pop, R&B, dan hip-hop. Koreografi mereka yang mengagumkan di atas pentas juga telah menarik ramai peminat, terutamanya generasi muda. Dolla juga telah menjadi kumpulan muzik Malaysia pertama yang dijemput untuk membuat persembahan di Seen Festival, festival muzik Korea Selatan terbesar di Asia Tenggara, pada Januari tahun lalu.

Baru-baru ini, DOLLA telah menyambut ulang tahun mereka yang keempat. Melalui perkongsian mereka di media sosial, mereka telah memperkenalkan hashtag #4mazingyearswithdolla. Selain itu, mereka juga telah membuat live di Instagram mereka bagi memberi peluang kepada para peminat untuk berinteraksi dengan kumpulan itu pada hari ulang tahun. DOLLA melancarkan single sulung mereka “Dolla Make You Wanna” pada 20 Mac 2020. Kumpulan ini kemudian melancarkan lagu Raya pertama mereka, “Raya Raya Raya” pada awal Mei 2021 yang telah tular di media sosial. Pada 17 Februari 2023, DOLLA mengeluarkan single terbaru mereka, “Look At This”, sebagai single kelima mereka.

See also
Celine Dion Tampil Tres Chic Dalam Busana Floral!

Selain mempunyai bakat vokal and koreografi yang luar biasa, DOLLA turut menarik perhatian peminat dengan gaya fesyen mereka. Pada setiap persembahan, mereka menggabungkan elemen-elemen fesyen yang berbeza dengan penuh keyakinan, menjadikan gaya mereka sebagai sebahagian penting dari identiti kumpulan. Mereka tidak hanya menyerlahkan kebolehan dan bakat mereka melalui muzik dan tarian, malahan juga melalui penampilan dan gaya mempesona yang telah menarik minat penggemar fesyen.

4 Tahun DOLLA, Mari Imbas 7 Gaya Terbaik Pilihan GLAM

1. Biker Style

2. Y2K

3. Grunge

4. Vintaj

DOLLA

5. Streetwear

DOLLA

6. E-Girl

DOLLA

7. Geeky Chic

DOLLA