Beg jenis suede sememangnya menjadi trend terutama sekali di pentas peragaan musim panas/bunga 2015. Penjagaan beg jenis ini tidak memerlukan proses yang rumit. Cukup hanya dengan empat langkah mudah dari GLAM ini untuk memastikan beg jenis suede anda tahan lama.
Gunakan berus halus atau pemadam untuk menghilangkan debu habuk pada permukaan beg jenis suede
Jika beg anda terkena dakwat pen, gunakan kain lembut untuk mengelap kotoran secara halus dan teliti.
Jika kotoran yang melekat pada permukaan beg terlalu berat, seeloknya sembur bahan cucian khas untuk fabrik suede atau sekadar menitiskan air cuka.
Terakhir sekali, anda perlulah membeli suede protecter, yang secara amnya dapat mengekalkan permukaan tas anda terus kelihatan bersih dan sempurna.