2000s is back, So Does Paris Hilton! - Glam Malaysia
2000s is back, so do Paris Hilton

2000s is back, So Does Paris Hilton!

Selamat tinggal the ’90s! Hello 2000s! Saban musim, trend fesyen era ’90-an mendominasi. Jenama-jenama sukan, baju jumper, sweatpants, jenama Tommy Jeans, Calvin Klein dan banyak lagi, antara letusan fesyen era ’90-an yang ligat mendominasi pentas fesyen. Moschino, Calvin Klein, Balenciaga antara jenama yang pernah mengutip fesyen era ’90-an untuk inspirasi penting. Sekarang, 2000s is back. Mengapa? Kerana Paris Hilton telah muncul kembali. Kembali menjadi sebutan dan ditampilkan sebagai inspirasi fesyen baru.

Anak-anak muda semakin memujanya. Lihat betapa obsesnya anak-anak muda sekarang dengan Paris Hilton. Sedikit sebanyak fesyen ikonik Paris Hilton ditiru mereka. Stail rambut, memakai baju warna pink. Kim Kardashians pun kembali berkawan dengan Paris Hilton. Kim mengundang kawan baiknya itu untuk sama-sama menghiasi kempen fesyen jenamanya, SKIMS dengan memperkenalkan semula fesyen ‘tracksuit’ ala Juicy Couture. Sambil membawa beg-beg Louis Vuitton. Yang suatu ketika dahulu, mencipta fenomena. Selebriti-selebriti Hollywood dahulu gemar memakai tracksuit sewaktu keluar shopping tidak bekerja. Gaya off-duty.

See also
5 Perceraian Penuh Skandal Di Hollywood

Senario fesyen masa kini mula menggarap fesyen era 2000s sebagai inspirasi, terdapat jenama-jenama fesyen yang stabil, seperti Coach. Yang melantik Paris Hilton sebagai wajah kempen terbaharu. Do you expect Paris Hilton for Coach? Kempen fesyen berkonsepkan millennium sepenuhnya, aplikasi-aplikasi ikonik era 2000s yakni ‘chatting room’ dan Yahoo Messenger melatari konsep. Pastinya, menggamit memori sewaktu remaja bukan?

Dan baru-baru ini, Paris Hilton ada melancarkan single yang bergenre ‘house music’ kolaborasinya dengan DJ-DJ terkenal. Dan jangan lupa ya, Paris pernah mengeluarkan album penuh sewaktu dia berada di kemuncak populariti. Terdapat beberapa lagu dari album tersebut yang berjaya memikat pendengar. “Stars Are Blind”, “Turn It Up” dan “Nothing In This World” antara yang popular dulu-dulu.

Paris gemar bermain fesyen ala Barbie. Shocking pink, rambut perang, girly– identitinya yang sangat dikenali. Dan sehingga kini Paris masih mengekalkan identiti gaya tersebut. Dan ada kalanya sekarang, Paris bergaya matang. Lebih meyakinkan lagi that 2000s is back, Paris membuat kemunculan istimewa di acara fesyen “SavageXFenty”, jenama pakaian dalam milik Rihanna. Mengekalkan imej ‘signature’ Paris, rambut diikat ponytail, memakai ‘lingerie’ merah jambu. Memanglah iras Barbie. That is Paris Hilton.

2020 juga boleh dianggap sebagai tahun baik buat Paris. Selain kembali aktif dalam bidang seni, Paris turut mempamerkan beberapa ‘look’ yang stylish dengan cara Paris tersendiri. Sebelum pandemik melanda, Paris dirakam kerap menghadiri majlis-majlis hiburan. Let’s take a look at Paris’s best 2020’s looks.

Artikel berkaitan: Kim Kardashians Ada Gangguan Mental?

See also
Sejenak Bersama Natasha Ozeir