Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih Warna Ceria Di Karpet Merah Bafta TV Awards
Hadirin lain dilihat memilih stail dramatik. Billie Piper khususnya tampil mempesona dalam sut kucing berlabuci rona biru kobalt rekaan Richard Quinn. Daisy May Cooper pula kelihatan feminin dalam trend merah jambu yang hangat di karpet merah. Vick Hope juga tidak kalah bergaya apabila muncul dalam gaun hijau berperincian manik rekaan Cucculelli Shaheen. Penyanyi Dannii Minogue memukau di karpet merah Bafta TV Awards dalam persalinan kuning mustard lengkap dengan tali pinggang bunga. Kemungkinan besar yang paling layak memenangi persalinan terbaik adalah bintang Hamlet, Cush Jumbo. Dia menggayakan gaun ketat Erdem rona kuning air yang dihiasi dengan mantel jarang serta sarung tangan opera.