12 Koleksi Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2023 Pilihan GLAM - Page 12 of 12 - Glam Malaysia
Onitsuka Tiger

12 Koleksi Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2023 Pilihan GLAM

Berinspirasikan minimalisme Jepun buat koleksi ini, GLAM teruja untuk berkongsi pilihan Onitsuka Tiger yang perlu anda miliki musim ini.

Onitsuka Tiger kekal memperkenalkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dan sukan dalam pada masa yang sama menyuntik warisan dan inovasi buat jenamanya. Dibawah pimpinan Pengarah Kreatif, Andrea Pompolio, koleksi yang ditampilkan ini cukup jelas menggambungkan bentuk inovatif bersama warisan dalam mengekspresikan lagi keindahan jenama ini menerusi estetika subratik langsung mengenepikan segala yang tidak diperlukan. 

Mengangkat tema “Made in Japan”, di dalam kempen visualnya juga dapat menyaksikan konsep yang mensublimasikan minimalisme dengan mengetengahkan elemen seperti gabungan siluet dan ruang, langit dan warna serta latar belakang geometri dan sfera. 

“Untuk memastikan perhatian diberi lebih kepada perincian di dalam koleksi ini, setiap bentuk dan minimalisme artistiknya, dan menyerlahkan kontras dengan siluet yang elegan, penampilan peragawati di dalam kempen ini sengaja dibiarkan polos daripada dilihat dalam pandangan penuh dan kemudian latar belakang juga dibiarkan ringkas," kata Andrea Pompilio. 

Menerusi koleksi ini, kita juga dapat melihat setiap perincian yang disampaikan Onitsuka Tiger untuk musim ini. Seperti penggunaan siluet yang flowy, dengan suntikan warisan Jepun yang utuh, bermula dengan penggunaan logo yang disulam dengan jahitan zigzag serta jahitan kelim menarik.

Keadaan bentuk tubuh tidak ketinggalan menjadi tumpuan kreativiti inovasi jenama ini dengan berinspirasikan pinjaman budaya Jepun. Antaranya seperti penggunaan tali cerut yang panjang juga skirt berukiran nilon Jepun dengan lisu yang mengingatkan kita kepada kembali kepada busana hakama yang dipakai oleh pemanah kyūdō. 

Onitsuka Tiger

Daripada segi pemilihan warna paletnya pula, Pompilio memilih hitam dan putih sebagai warna naratif. Namun, untuk koleksi ini, anda juga dapat menyaksikan rona kuning signatur juga hijau shiso menghiasi musim ini kerana ia diinspirasikan daripada rona terang daun basil Jepun. 

Bukan itu sahaja, kasut dan aksesori Onitsuka Tiger turut memiliki impaknya yang tersendiri. Kasut ikonik SERRANOTM memiliki motif grafik yang menyerupai cakaran harimau dan telah diperbaharui sebagai model TIRRACKTM . Musim ini turut memperlihatkan selipar kulit inspirasi selipar setta yang dihasilkan di Jepun, kasut SCLAWTM dan SCLAWTM MT yang tampil dalam padanan tinggi juga rendah.

Topi besbol yang sering digayakan masyarakat Jepun juga beg yang disulam logo berserta Claw Stripes yang diinspirasikan daripada beg boling. Malah hadir dalam tiga saiz berbeza termasuklah saiz mikro. 

Anda boleh dapatkan koleksi istimewa Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2023 ini di butik flagship Pavilion KL atau di sini bermula April 2023.

12 Koleksi Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2023 Pilihan GLAM

12 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

#12 Kasut COLORADO EIGHTY-FIVE, RM670 – Klik di sini

Onitsuka Tiger

 

Pautan berkaitan: #MFW-Yugyeom Muncul Di Onitsuka Tiger Spring Summer 2023