10 Wanita Yang Mengejutkan Masyarakat Dunia Fesyen

10 Wanita Yang Menggegarkan Dunia Fesyen

2018 is all about how to influence and who to influence.

 

Untuk 2018 ini, dunia fesyen telah menyaksikan pelbagai kejadian menarik seperti kebangkitan stail era 90-an, fesyen sustainable hingga ke athluxury. Kami tidak sabar pula untuk kejutan 2019 yang menanti dunia fesyen.

 

2018 juga menunjukkan populariti golongan selebriti yang juga memainkan peranan sebagai influencer menggunakan landasan media sosial mereka. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pakaian mereka.

 

Laman pencarian fesyen ternama Lyst telah menghimpunkan data melibatkan jumlah pencarian dan hasil jualan melalui 50 selebriti yang diperhatikan sepanjang 2018. Daripada 50 itu, 10 yang paling berpengaruh telah pun dikenali. Klik seterusnya.

2 of 10

9. Rihanna

Seorang ikon fesyen yang dihormati, Rihanna dilihat lebih memberi tumpuan kepada jenamanay sendiri, Fenty, tahun ini. Walaupun sibuk membesarkan empayarnya, Rihanna enggan membiarkan orang ramai lupa akan minatnya kepada dunia fesyen. Busana rekaan Saint Laurent yang dikenakan oleh Rihanna untuk keraian hari lahir ke-30nya dikatakan laris terjual serata dunia. Masih ingat balaclava Gucci yang dikenaka oleh RiRi sewaktu Coachella?