Use your ← → (arrow) keys to browse
Alexander McQueen
Mendiang pereka fesyen tersohor ini membuatkan hadirin minggu fesyen terpukau dengan pertunjukan pentas peragaannya pada 1998. Untuk sesi finale, Shalom Harlow memperagakan gaun putih ringkas sedikit kembang. Selepas beberapa saat, dua robot mekanikal muncul dan menyembur warna pada gaun tersebut, mengubahnya menjadi hasil karya kreatif. Momen tersebut sangat mengujakan, dan ia merupakan pertunjukan pertama yang membuatkan Alexander McQueen mengalirkan air mata.