Use your ← → (arrow) keys to browse
Precious Lee
Sukar dipercayai namun membanggakan, Versace mengupah model saiz besar buat kali pertama pada September 2020 untuk persembahan Minggu Fesyen Milan. Precious Lee secara khususnya mendapat perhatian ketika memperagakan gaun mini rona terang dan berani. “Ratu @donatella_versace sokongan dan kasih sayang anda terhadap saya adalah magis. Terima kasih dari lubuk hati saya kerana menetapkan standard baru. Ia sangat bermakna dan saya akan sentiasa menghargainya. Tiada seorang gadis kulit hitam pun akan berkata mereka tidak boleh melakukannya, kerana kami boleh dan sentiasa boleh jika berpegang teguh pada pendirian,” tulis model itu di Instagram.