10 Gaya Stylish Terkini Natasha Ozeir Pilihan GLAM - Page 8 of 8 - Glam Malaysia

10 Gaya Stylish Terkini Natasha Ozeir Pilihan GLAM

Jika ditanya inspirasi fesyen dan gaya wanita lokal, pilihan GLAM pastinya si cantik manis Natasha Ozeir menjadi idaman kami! 

Siapa sahaja yang tidak mengenali Natasha Ozeir. Wanita cantik, peramah dan sering tampil ceria menyapa pengikutnya di Instagram setiap kali mengemudi ruangan 'live'. Walau sudah beberapa kami ditemu bual sidang editorial GLAM, kami tetap tertarik untuk berkongsi perihal wanita ini. Kali ini GLAM ingin kongsikan 10 gaya stylish terkini wanita ini.

Pernah kami berkongsi sebelum ini, Natasha Ozeir ini hadir dalam pakej yang lengkap, cantik dan bijak, dia adalah epitome wanita 'beauty with brains'. Dia yang juga mengusahakan empayar keluarga, Balung Tea, ini sering dilihat mengembara ke luar negara. Dan setiap kali itulah, penampilannya amat menarik perhatian kami. Memadu persalinan yang cukup chic, elegan, Natasha Ozeir tahu bagaimana untuk menyesuaikan busana yang disarung ketika dia melawati satu-satu tempat. Ini termasuk di kala majlis formal atau juga jemputan ke majlis perkahwinan.

Lihat Gaya Stylish Terkini Natasha Ozeir Pilihan GLAM

8 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

#8 Manis Berbaju Kurung

 

Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Natasha Ozeir