10 Gaya Karpet Merah Selebriti Terbaik Pada 2023 - Glam Malaysia
10 Gaya Karpet Merah Selebriti Terbaik Pada 2023

10 Gaya Karpet Merah Selebriti Terbaik Pada 2023

Memandangkan 2023 bakal berakhir, tiba masa untuk meninjau kembali gaya selebriti dan fesyen paling menyerlah di karpet merah berprestij tahun ini.

Walaupun beberapa acara karpet merah terganggu dek mogok SAG-AFTRA selama empat bulan, masih banyak momen budaya pop terhasil menerusi persalinan memukau selebriti sepanjang 2023. Dari gaya unik Jared Leto sebagai kucing di Met Gala sehinggalah penampilan unik Margot Robbie sebagai Barbie, ini membuktikan kreativiti mendominasi karpet merah.

Tahun ini, barisan selebriti Hollywood lebih memahami kuasa karpet merah sebagai platform dan pentas dunia. Sesetengahnya mengambil peluang mempromosi pereka bebas kala ekonomi menghimpit peniagaan dan jenama kecil. Manakala yang lain terus menyokong fesyen mewah dan mampan.

Lihat sepuluh gaya terbaik selebriti terkenal di karpet merah tahun ini

 

Harry Styles mencuri perhatian di Grammy Awards dalam romper Egonlab yang bertatahkan kristal Swarovski.

 

Margot Robbie menggayakan pelbagai persalinan vintaj berinspirasikan Barbie sepanjang tayangan perdana. Antara yang memukau adalah penampilannya dalam gaun hitam Schiaparelli di tayangan Barbie di Los Angeles.

See also
Gaya Jalanan Elisa Nalin

 

Kebanyakan selebriti memberi penghormatan kepada legasi Karl Lagerfeld di Met Gala dengan perhiasan mutiara, tweed dan rambut palsu beruban. Bagaimanapun Jared Leto memilih untuk tampil sebagai kucing milik pereka itu, Choupette dengan menyarung kostum daripada Specialty Costumes and Props (SCPS).

 

Zendaya tampil manis di SAG Awards dalam gaun Valentino merah jambu yang diperincikan dengan 190 kuntuman bunga.

 

Rihanna menayang baby bump di karpet merah Met Gala dalam gaun Valentino. A$AP Rocky pula menggayakan persalinan Gucci, hampir serupa seperti yang dipakai Karl Lagerfeld di pertunjukan Musim Bunga/Panas 2005.

 

Riz Ahmed menyarung sut berkolar besar ala 70-an daripada koleksi Prada Musim Luruh/Sejuk 2023 di karpet merah Oscar tahun ini.

 

Cardi B memilih persalinan daripada pereka bebas, Dilara Findikoglu kala menghadiri MTV Video Music Awards. Keseluruhan gaunnya yang berkilauan diperbuat daripada pin rambut rona perak.

 

Bad Bunny muncul serba putih di karpet merah Met Gala. Penyanyi itu menyarung sut berinspirasikan pengantin Jacquemus bersama selendang sarat bunga.

See also
The New Normal

 

Anne Hathaway menyarung gaun ‘spageti’ vintaj daripada koleksi Valentino di British Fashion Awards.

 

Foto: Getty Images

Baca: 8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023