Fashion Awards yang berlangsung pada 4 Disember lalu meriah dengan kehadiran personaliti dan selebriti ternama.
Bertempat di Royal Albert Hall London, Fashion Awards meraikan nama-nama terbesar dalam industri fesyen British. Kebanyakan tetamu memberi penghormatan kepada beberapa pereka terkenal dengan menyarung koleksi mereka termasuk Valentino, kerana pengasas jenamanya, Valentino Garavani dianugerahkan dengan Outstandng Achievement Awards pada acara itu.
Majlis tersebut turut membuat kutipan dana untuk BFC Foundation, yayasan yang membantu menyediakan pendidikan, pemberian geran dan bimbingan perniagaan kepada pendatang baru dalam industri.
Tinjau beberapa gaya selebriti yang mencuri perhatian di karpet merah Fashion Awards
Taylor Russell membawakan aura glamor Old Hollywood dalam gaun sutera satin Loewe.
Anne Hathaway tampil minimal dalam gaun Valentino rona krim dengan potongan leher seksi.
Amal Clooney anggun di karpet merah Fashion Awards dalam gaun metalik dua tona Atelier Versace.
Penampilan Rita Ora dalam gaun hitam ringkas diberi sentuhan unik dengan tambahan prostetik logam sepanjang tulang belakangnnya.