Use your ← → (arrow) keys to browse
Teks: Yana Baharudin
Gambar: Bulgari
Bulgari, jenama jauhari asal Itali ini memperkasakan hiasan mewah wanita hari ini dengan rekaan berlian lebih lantang. Energi free-spirited women diadaptasi menerusi gemerlap bunga empat kelopak yang dipanggil fiorever.
Fiorever adalah singkatan daripada perkataan bunga bahasa Itali Fiore juga gabungan forever- Fiorever. Bagi Bulgari mereka menyanjung kecantikan semula jadi pada setiap kejaidan kelompok mahupun bentuk bunga lalu mempersembahkan seni kecantikan baharu buat wanita dalam bentuk yang lebih mewah dan tersendiri sejak 1920 lagi. Hari ini, rekaanya tampil dengan selera lebih moden, Fiorever dijelmakan dalam misi baru. Rekaan empat kelopak menjadi simbol gaya wanita feminin langsung menyerlahkan lagi sisi kontemporari.