GLAM Exposé: Dicabuli Tetapi Berdiam Diri Kerana Malu
Jangan lupa untuk luahkan perasaan cinta yang bersarang di hati kepada insan yang anda cintai. Kerana segala nikmat yang kita ada pada hari ini, adalah pinjaman daripadaNYA. Dengan sekelip mata sahaja kita boleh kehilangan orang yang kita sayang. Seperti bencana alam yang berlaku pada negara jiran pada tahun 2018 yang meragut ramai nyawa. Tsunami melanda Indonesia sebanyak dua kali satu di Palu dan pada akhir tahun di Sunda. Dan berita menyayat hati apabila ketiga-tiga nyawa anak diragut dek ombak besar di Pantai Sura, Dungun. Si emak pengsan beberapa kali hinggalah ke pengebumian ketiga-tiga jenazah anakknya.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada mereka yang kehilangan insan yang disayangi. Jadi ungkapkan rasa sayang kita, tunjukkan kasih kita kepada mereka yang kita peduli dan cinta. Love like there is no tomorrow, love hard like it’s the last goodbye. Ya sedang saya duduk mengopi dan berkongsi kisah cinta dengan teman, tiba-tiba si teman ini mengadu pada kami yang bos besar di pejabatnya meraba punggungnya. Sejak kejadiaan itu dia sepertikan trauma dan jijik mahu bertemu bos. Tapi memandangkan itu adalah bos besarnya, dia mengambil tindakan berdiam diri. Malu kalau staf-stafnya tahu.