Seks Bikin Anda Langsing – Bahagian 2 - Glam Malaysia

Seks Bikin Anda Langsing – Bahagian 2

Jika sebelum ini kami berkongsi dua tabiat ketika seks yang boleh melangsingkan tubuh anda, kali ini GLAM berkongsi dua lagi rutin yang boleh anda amalkan termasuk jumlah kalori yang terbakar ketika ‘bersama’ pasangan. Selamat mencuba!

3- URUTAN – 80+ kalori perjam

Siapa yang tidak menyukai nikmat urutan apatah lagi anda berdua akan menikmati seks hebat di penghujungnya. Tahukah anda, melalui teknik urutan anda boleh memperolehi faedah tambahan iaitu pembakaran kalori secara berperingkat, selain meningkatkan peredaran darah serta kesihatan jantung. Namun, anda tidak perlu terburu-buru. Melakukan urutan secara perlahan-lahan bukan saja lebih sensual, malah bermanfaat untuk otot di seluruh badan dan pastinya sang pengurut dapat membakar lemak secara automatik.

 

4- SEKS – 144+ kalori per setengah jam

Cara terbaik meminimakan pembakaran kalori semestinya dengan memastikan anda berdua mencapai orgasma di mana pembakaran lemak lebih ketara. Seks ibarat aktiviti olahraga, namun siapa menyangka perjalanan setengah jam daripadanya dapat membakar kalori dengan pantas. Kunci utama untuk berhasil adalah seks yang menggiurkan serta berdurasi panjang. (Seks kilat tidak berkesan). Selain itu, pakar menyarankan desahan seksi dapat meningkatkan tambahan kalori yang akan dibakar sebanyak 18 hingga 30 kalori. Selain itu, Kinzbachh menyatakan pemilihan serta berganti-ganti posisi dapat menambahkan perisa dalam seks.

See also
5 Jelitawan Hollywood Anda Harus Ikuti di Instagram!