Retorik: The Ageless Woman! - GLAM Malaysia

Retorik: The Ageless Woman!

Life begins at 40? Ungkapan ini tersangat biasa kita dengar mungkin dari kecil ketika berada bersama orang-orang dewasa yang membicarakan istilah ini sesama mereka. Masa berlalu pergi dan tanpa disedari, kini anak pula menyapa saya “Don’t worry mom, life begins at 40”, ketika menyambut hari lahir saya baru-baru ini. Tersentap pula rasanya untuk menidakkan atau menerima “lawak” anak teruna saya yang berusia 16 tahun. Pernah terpalit di fikiran saya suatu ketika dahulu jika berumur 40 tahun itu adalah sangat tua tetapi pemikiran masyarakat kini telah berubah sejak zaman 90-an lagi. 40 is the new 30! Ramai wanita hari ini masih menawan pada usia 40-an ataupun 50-an tidak persis seperti usia sebenar.

Jiena Razak adalah penulis bebas dan pernah menulis untuk akhbar. Hari ini dia menulis untuk GLAM.

Saya akui telah melalui dan merasai pelbagai turun naik fasa kehidupan. Zaman remaja, saat bekerja dan kemudian berkahwin, menjadi ibu, berkelana di merata negara, saat berpisah, masa bercerai, mengecap kegemilangan dan glamor, kecewa ditikam sahabat sendiri, saat dirundung sedih kala kehilangan, pedih dihina sehinggalah dilanda kemurungan dan berasa bagai ingin membunuh seseorang dan pergi jauh dari sini…haha. Jangan hanya pandai menunding jari kepada seseorang kerana secara tidak sengaja samada sedar ataupun tidak, kita sebenarnya adalah “drama queen” dalam kehidupan yang kita lalui sendiri. Kita tidak layak untuk mengukur dan menghukum masa lalu seseorang dan tidak perlu juga takut untuk memulakan kehidupan baru walaupun kehidupan kala itu bagai telur di hujung tanduk dan telah gagal beberapa kali. We are made as a women of fighter. Ujian setiap manusia itu berbeza.

See also
Karpet Merah British Fashion Awards 2015

Jujurnya di saat ini saya berasa amat bersyukur kerana terpanggil untuk berhijrah. Bukan kerana menyesal dengan kehidupan masa lalu atau merasa tua atau sudah sampai masanya tetapi saya menjadi lebih tenang, yakin dan selesa dengan diri saya sendiri. Hidayah itu milik Allah. I don’t think you can be fake and pretending in changing yourself kerana mengejar dan mengharapkan sesuatu. Percayalah ia tidak akan lama.

Alhamdullilah ketika menginjak usia 39, I finally found my passion and turn it into profitable business. Tiada istilah terlambat untuk mencapai matlamat dan mimpi anda. Rezeki itu juga milik Allah. Perlu diingati tidak selamanya juga kita akan berada di atas. Kawan datang dan pergi. Kehadiran mereka dalam kehidupan seseorang adalah penting sebagai pendengar setia up and down kita, memberi nasihat, menyuntik keberanian, memberi inspirasi, tidak berputus asa dan percaya kepada kita. For now seriously. I rather keep my circle small because fake people doesn’t surprise me anymore. Laman sosial itu mempunyai “evil eyes” yang tidak disangka-sangka. Belajarlah maksud yang tersembunyi di sebaliknya. Semua ada kepentingan masing-masing.

See also
Datin X: Keluarga Berpecah-Belah Angkara Harta

Menyentuh perbezaan kala meniti usia 40-an wanita iaitu ibu-ibu kita 20 tahun terdahulu dengan wanita generasi millennial kini sangat ketara. Jika dahulu usia 40-an ini bagaikan titik akhir kerana wanita pada usia itu sudah harus memberi fokus hanya kepada keluarga dan Maha Pencipta dan menerima segala ketentuan yang tertulis dengan penuh ketabahan tanpa sebarang keluhan. Ini tidak bererti mereka lemah, tidak berjaya atau sebaliknya. Definisi enjoying life, been there done that, jatuh bangun pahit manis perjalanan hidup setiap wanita tetap dilalui cuma situasi mereka agak terbatas dengan keadaan aliran zaman ketika itu. Kematangan mereka bermula seawal 20-an sudah berumah tangga, berkeluarga dan bercucu-cicit seawal usia 40-an.

Berbeza kini, kebanyakan wanita millennial lebih berdikari dan sangat berani. Kematangan mereka juga bermula seawal usia 20-an tetapi keinginan mereka lebih memfokus kepada melanjutkan pelajaran, mengejar karier sehingga peringkat tertinggi, mengumpul harta, mengembara dunia dan mencari kehidupan selesa. Selamat untuk berkata, the millennial women loves doing her own thing in her own sweet times. Justeru memulakan kehidupan bekeluarga pada umur 30 atau 40 itu adalah perkara biasa. Tiada istilah anak dara atau janda tidak laku walaupun sudah mencecah usia 40 tahun. Jodoh rahsia Allah selagi kita berdoa dan berusaha.

See also
Yoga Anti-Graviti

Wanita 40-an zaman sekarang ini juga kadang lebih hot macam anak dara. Lebih daring. Pusat estetik anti-penuaan tumbuh bagaikan cendawan. Dengan hanya satu suntikan atau prosedur bisa mengembalikan 10 tahun keremajaan sebelumnya. Termasuklah pada bahagian sulit V itu. Siapa yang tidak mahu walaupun harga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi janganlah terlalu taksub kerana ia boleh mengundang kesan kemudaratan dalam jangka masa panjang. Dapatkan nasihat doktor yang bertauliah bukan doktor ayam maklum saja sel-sel di badan kita yang berusia ini tidak sama ketika kita berumur muda. Amalkan pemakanan sihat, bersenam dan berfikiran positif.

Harus diingati, keremajaan bukanlah sesuatu yang abadi. Walaupun kebanyakan orang yang saya temui masih berteka-teki dengan umur sebenar saya (itu bonus) tetapi tidak mustahil jika saya memerlukan sesuatu prosedur untuk maintain kelihatan muda suatu hari nanti. Hehehe. Let’s age gracefully dan bebas hutang. Maaf jika keterlaluan. 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mei 2018