Retorik: Media Sosial – Jangan ‘Lacurkan’ Diri Anda - Glam Malaysia

Retorik: Media Sosial – Jangan ‘Lacurkan’ Diri Anda

Kem says “When you broadcast every aspect of your life on social media, then expect the problems that come with it. Be discerning with what you share.”

Bayangkan sekiranya kita hidup tanpa media sosial sekarang? Media sosial kini seolah-olah menjadi sesuatu yang wajib dalam kehidupan harian kita terutama bagi generasi Y. Saya yang tergolong dari generasi X juga terpaksa mengadaptasikan diri supaya sinonim dengan lifestyle yang in buat masa ini. Media sosial kini menjadi platfom untuk kita mewarnai kehidupan harian dengan muat naik gambar-gambar aktiviti harian selain daripada berdakwah, kata-kata inspirasi dan juga mempromosikan produk-produk jualan. Ia sudah menjadi perkara biasa untuk dilakukan.

Tetapi, apa jua benda yang baik, sekiranya disalahgunakan, ia akan memudaratkan. Daripada perhatian saya, ramai menggunakan platfom ini untuk ‘melariskan’ diri supaya mendapat ramai followers and likes. Ada sebahagian yang akan unfollow sekiranya anda tidak follow mereka balik. Nampak sangat hati manusia yang kurang ikhlas, membuat sesuatu kerana ‘terpaksa’ dan bukan tulus dari hati mereka.

Yang lebih menyedihkan apabila kawan menjadi musuh atau kawan rapat menjadi kawan biasa. Ini berpunca kerana satu gambar bersama musuh kawan kita yang dimuat naik dalam media sosial. Hidup ini mesti berkawan. Ya, kita perlu memilih kawan kerana tidak semua kawan itu serasi dengan kita. But you don’t dictate who should one makes friends with!

Kadang-kadang sampai ‘berperang kata-kata’ dalam media sosial dengan muat naik kata-kata sinis yang boleh menyakitkan hati dan menyinggung perasaan kawan-kawan yang ditujukan itu, walaupun bukan secara terang-terangan. Ini memang benar-benar berlaku di kalangan golongan sosialit dan selebriti terutamanya kaum wanita. Maaf ya, saya bukan being judgemental tetapi ini hakikatnya. Saya sendiri mempunyai ramai kawan-kawan sosialit dan selebriti di mana saya melihat dengan mata saya dan mendengar dengan telinga saya sendiri. Sometimes they put me in an awkward position because I am friends with everyone including their enemies. Kita orang Timur, etika dan adab mesti diterapkan. Komen-komen yang dilontarkan dalam media sosial kenalah bertapis supaya tidak menyinggung perasaan orang yang membacanya. Free speech doesn’t mean free to insult. Be sensitive.

Mengeruhkan lagi keadaan, apabila sesuatu komen itu disokong oleh beberapa pengikut dan dibantah oleh beberapa pengikut yang lain. Yang anehnya, kebanyakannya tidak tahu hujung pangkal cerita sebenarnya (main hentam sahaja).

See also
Datin X: Suami Lari Dengan Kawan Baik Anak Sendiri

Saya juga pernah mengalami keadaan di mana seorang kawan menyampuk perbualan saya dengan pengikut saya yang tidak dia kenali. Niat menyampuk mungkin untuk memperkenalkan perniagaan kawan saya kepada pengikut itu (indirectly). Tanpa rasa malu, kawan saya menyampuk seperti saya tiada di situ. Pengikut saya terpaksa membalas perbualan kawan saya sebagai tanda hormat. Bagi saya, tindakan kawan saya itu tidak wajar dan tidak beretika. Seperti bertandang ke rumah seseorang tanpa diundang. Apakah tindakan saya? Saya hanya berdiam diri, be silent if you have nothing good to say. Walaupun demikian, saya memaafkan kawan. Ia menjadi pengajaran buat diri saya supaya berhati-hati dengan persahabatan. Kadang-kadang manusia mudah lupa dalam mengejar impian mereka, sanggup mengetepikan perasaan hati sahabat handai dan juga keluarga tercinta. Don’t let your want replace your need, because a day will come you will lose what you need to get what you want.

Dari segi perniagaan, trend sekarang adalah menularkan media sosial dengan muat naik gambar atau video. Berhijab umpamanya, sepatutnya melambangkan perwatakan seorang wanita Islam yang berhemah dan berakhlak baik. Tetapi apabila pengusaha tudung cuba menularkan video jualan di mana pembelinya termasuk golongan lelaki berasak-asak dan berebut-rebut secara kasar untuk mendapatkan tudung impian mereka. Pertanyaan saya di manakah akhlak murni yang sepatutnya ditonjolkan? Dan apakah niat sebenarnya video itu dimuat naik?

See also
Ciri Keselamatan Ruang Kediaman Buat Si Kecil

Begitu juga dengan penjualan jubah lelaki yang begitu popular buat masa ini terutamanya pada musim perayaan. Tidak salah menggunakan abang-abang ‘sado’ dalam menggayakan jubah-jubah yang hendak dipromosikan melalui media sosial. Tetapi apabila pemakaian jubah lebih tertumpu kepada bentuk badan lelaki sado, motif jualan jubah tersebut menjadi tanda tanya.

Baju Melayu juga tidak kurang dieksploitasikan dalam media sosial. Baju Melayu adalah klasik. Setakat hendak memodenkan sedikit daripada segi fabrik dan potongan masih boleh diterima tetapi jangan mengubahnya secara keterlaluan kerana Baju Melayu adalah kebanggaan orang Melayu.

Oleh: Kem Salleh

Kem Salleh adalah bekas pereka fesyen, kini dia penulis bebas yang menyuarakan isu-isu semasa. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my