Seks Bikin Anda Langsing - Bahagian 1 - Glam Malaysia

Seks Bikin Anda Langsing – Bahagian 1

Melakukan hubungan intim dengan pasangan bukan saja bagus untuk jantung dan kesihatan tetapi juga dapat membakar kalori agar anda sentiasa langsing. Tidak percaya? Ayuh amalkan beberapa aktiviti ini dalam rutin seks dan lihat hasilnya nanti. Tubuh jadi seksi, hubungan semakin erat, tampak lebih bahagia. Jom cuba sekarang!

1- BERCIUMAN – 70 kalori perjam 

Berciuman atau bercumbu bukan sekadar memperlihatkan perasaan cinta terhadap pasangan, malah aktiviti ini juga dapat membakar lemak. Berdasarkan Jaiya Kinzbach, pakar seksologi di Los Angelas dan juga penulis buku Red Hot Touch, sekiranya babak perciuman diselangi rangsangan, ia sebenarnya mampu membakar 90 kalori dalam tempoh sejam. Cuba berciuman dalam keadaan posisi yang jarang anda lakukan. Contohnya, anda menciumnya sambil melakukan push up. Push-up turut dapat membakar 171 kalori dalam masa 30 minit.

2- MELUCUTKAN PAKAIAN – 10+ kalori perminit

Siapa menyangka rutin anda sama ada membuka mahupun melucutkan pakaian sendiri mahupun pasangan sebelum seks dapat membakar kalori dengan mudah. Para peneliti di Itali mendapati bahawa saat baju anda dilucutkan, kalori sebesar 8 hingga 10 dapat dibakar dengan mudah. Jelas Kinzbachh, jika ingin lebih banyak kalori dibakar, pasangan disarankan untuk melucutkan pakaian dengan perlahan-lahan dan anggap ia satu rutin foreplay. “Buat wanita, aksi melucutkan pakaian boleh diselang-seli dengan tarian menggoda. Pasti lebih banyak kalori dapat dibakar,” jelas Gilda Carle. PhD, pakar perhubungan dan priskoterapi.

See also
Korner Mak Datin: Suami Jatuh Bankrupt, Jual Semua Harta Isteri

(Bersambung…)