Heal Your Body And Mind - Glam Malaysia

Heal Your Body And Mind

Tiada yang lebih bermakna jika dapat bercuti dan meluangkan masa berdua bersama pasangan. Jika punya peluang, tiada salahnya anda meninggalkan anak bersama penjaga atau keluarga dan pergi berlibur walaupun hanya sebentar. Wajar untuk ibu bapa merasa bersalah kerana berlibur meninggalkan anak-anak, tetapi ada manfaat yang lebih besar buat diri anda.

Terkadang suami isteri juga perlukan waktu sendiri dan suasana privasi bagi bisa mengeratkan semula hubungan. Tidaklah bermaksud bahawa anak itu mengganggu malah anak juga mungkin memerlukan masa tanpa ibu bapa. Ketika berlibur, anda berdua mempunyai masa untuk membicarakan tentang hati masing-masing tanpa gangguan malah mengimbau kenangan dahulu sewaktu bercinta. Tidak perlu berlama-lama cukup dua atau tiga hari jika masih bimbang meninggalkan anak di rumah.

Bukan itu sahaja, anda dan pasangan juga perlukan masa untuk merehatkan minda tanpa kekusutan masalah di pejabat dan rumah. Dengan berpergian bersama pasangan, anda bisa merawat semula diri dan melupakan sementara masalah yang ada. Penting untuk suami isteri mendapatkan time off  daripada anak demi kesejahteraan fizikal dan mental mereka. Berikut adalah antara selebriti yang mengambil sedikit masa untuk berlibur tanpa anak-anak mereka.

See also
Chrissy Teigen "Mengaku" Menjalani Pembedahan Plastik

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Yiu Lin

Ibu kepada tiga anak ini menjadikan parent holiday sebagai aktiviti tahunannya bersama suami. Tahun ini dia dan suaminya, Azlan Iskandar memilih untuk berlibur di Tulum, Mexico bagi meluangkan masa berdua.

https://www.instagram.com/p/B6Mbv4VnKF0/