Use your ← → (arrow) keys to browse
“Belum ada pengumuman rasmi mengenai siapakah yang bakal mengacarakan musim akan datang, tetapi Tyra dikhabarkan tidak akan kembali. Ini adalah keputusan yang dibuat oleh pihak atasan, bukan keinginannya sendiri.
“Saya tidak akan mengatakan Tyra bersalah kerana menyebabkan rancangan itu digugurkan dari ABC. Maksud saya, dia sekadar melakukan kerja yang ditugaskan kepadanya. Masalahnya dia tidak sesuai di situ. Dia bukan sahaja tidak serasi dengan penerbit malah juga penonton. Ia benar-benar terserlah,” jelas satu sumber terdekat.
Walau rancangan itu sentiasa menampilkan dua pengacara sejak diterbitkan lebih sedekad lalu, Tyra mengacara sendirian ketika dilantik sebagai hos pada musim ke-29.