Korner Mak Datin: Suami Jatuh Bankrupt, Jual Semua Harta Isteri

Korner Mak Datin: Suami Jatuh Bankrupt, Jual Semua Harta Isteri

gerimis1Gambar: Arkib GLAM

 
Berderu-deru emel masuk ke dalam inbox Azura. Sambil menyiapkan kertas kerja yang bertimbun, dia terpaksa menjawab hampir ratusan mesej tanpa henti hingga berpinar-pinar mata dibuatnya. Deringan telefon pula bertali arus seperti tiada berkesudahan. Telinga Azura berdesing. Itulah rutinnya di pejabat dari Isnin hingga Jumaat. Belum pun lagi pukul lima petang, rambut kepuk-kepuk yang diambil masa sejam untuk didandan setiap pagi, sudah hilang pun bentuknya. Nak touch up solekan di muka, oh, jauh sekali. Azura sudah tidak berdaya lagi. Azura benar-benar keletihan. Ikutkan hati dah lama dia resign. Nak tunggu cuti hujung minggu, rasa seperti menghitung hari yang tak sampai-sampai. Azura rindu waktu senangnya. Rindu pada gaya hidupnya yang lalu apabila wang tidak pernah menjadi isu.
 
“Kali terakhir I kerja makan gaji macam ni, sebelum I kahwin dulu… hmm, about seven years ago? Tak sangka I kena buat balik kerja ni. Letih lah babe… Don’t think I can’t take it anymore. But do I have a choice? Not at the moment. I’m hoping that this is just a nightmare where I can just wake up from it. Pinch me?” Seloroh Azura, mengeluh kecewa. Sejak kecil, Azura sudah biasa ditatang seperti minyak penuh dan sesungguhnya dia merindui saat sewaktu dia hidup serba ada.
 
Azura membesar dalam keluarga berharta. Zaman gadis, teman lelakinya semua poket tebal belaka. Bila habis belajar, Azura mula bekerja di atas pilihan sendiri. Katanya nak buktikan kepada keluarga dan kawan-kawan yang dia boleh berdikari. Kerja tak sampai setahun, terus gave up. Tak tahan katanya. Cerita Azura, bosnya teruklah, colleague tak cooperative lah, working environment tak healthy lah dan macam-macam lagi. Tapi semua pun tahu yang Azura itu yang spoiled brat sebenarnya. Mengada!
 
Namun, pertemuan dengan Daniel mengubah kehidupan Azura buat selama-lamanya. Sudah lama saling mengenali, namun masing-masing terikat dengan pasangan sendiri. Namun bila Azura kembali single dan kebetulan Daniel juga tiada teman istimewa, keduanya dengan tidak semena menjadi rapat. Dari sahabat biasa bertukar menjadi kekasih. Perasaan cinta Azura pada teman lelaki barunya terus berbunga. Seperti yang dia tidak pernah rasai sebelum ini. “There’s something about Daniel… romantik, attentive. Dia tak kisah bila I over clingy. Dia okey saja. I think he’s the one!”
 
Hati Azura terpaut pada Daniel yang begitu family oriented dan sentiasa mendahului ibunya. Bak kata orang, lelaki yang paling bagus untuk dikahwini adalah yang pandai menjaga kebajikan ibunya. Lagi pun Daniel bijak mengambil hati Azura. Pada hari jadinya, Azura dihadiahkan kejutan berupa tiket penerbangan untuk percutian ke Maldives. Mengetahui Azura memandu sendiri ke tempat kerja, diarah pemandu peribadinya ‘berkhidmat’ untuk teman wanitanya. Hantarnya ke tempat kerja dan menantinya pulang untuk dibawa ke rumah.
 
Tidak cukup dengan itu, walau belum lagi sah sebagai suami isteri, Daniel cukup mempercayai Azura dengan memberinya kad kredit suplementari sebagai kegunaan membeli-belah. Walau pun Azura mampu membeli apa jua yang diingini, dia begitu terharu malah bangga acapkali membayar menggunakan gold card pemberian teman lelaki. Dengan selamba dan tanpa rasa bersalah, Azura berbelanja di butik-butik mewah. Ramai kawan-kawannya kagum dengan pengorbanan Daniel yang nampaknya memang cinta setengah mati dengan Azura dan sanggup berbuat apa saja demi wanita pujaannya.
 
Hati kecil Azura membisikkan yang he is the one. Azura sudah dapat mengagak yang Daniel bakal propose. Awal-awal lagi Azura bagi hint pada kekasihnya mengenai rekaan cincin menurut selera peribadinya. Suatu hari sewaktu dalam perjalanan pulang dari makan malam, Daniel memberhentikan keretanya di tepi jalan dan bertanya jikalau Azura sudi menjadi surinya. Kata lain, Daniel proposed. Azura menjerit keseronokan, pura-pura terkejut. Kotak biru muda Tiffany & Co yang sekian lama dinantikannya sudah pun berada di depan mata dan disarung ke jari manisnya.
 
Selang beberapa bulan, Azura dan Daniel disatukan. Azura berpendapat, adalah lebih baik dia tidak bekerja dan memberi perhatian khusus kepada keluarga. Lagi pun, keduanya memang merancang untuk mendapat cahaya mata secepat mungkin. Maka bermulalah gaya hidup Azura sebagai lady of leisure. Hanya sibuk mahu redecorate rumah sahaja dan asyik grocery shopping untuk menjamu suaminya kala pulang dari tempat kerja nanti.
Berita gembira yang dinanti akhirnya tiba. Di saat teman-teman baiknya yang lain masih struggling to concieve, Azura disahkan berbadan dua selepas tiga bulan berumah tangga. Sungguh bertuah. Cukup teliti Azura mendokumentasikan carta kehamilannya di media sosial sampailah saat dia melahirkan. Setahun berlalu, Azura kembali mengandung. Kehidupan berkeluarga Azura zahirnya tampak sempurna sekali dengan suami penyayang dan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan yang comel. Life was perfect… sehinggalah ribut mulai membadai di tengah jalan.
 
Kata orang sekarang, jangan cakap habis. Usah berjanji sehidup semati kalau hati tidak betul-betul ikhlas untuk bersamanya dalam waktu susah dan senang. Masuk tahun kelima perkahwinan, perniagaan Daniel mulai merudum. Entah di mana silapnya. Setiap pelaburan tidak menjadi, dari untung bertukar rugi. Beberapa bulan Daniel menyimpan rahsia ini dari pengetahuan isterinya. Situasi yang parah membuatkan Daniel serta-merta berubah perwatakannya. Dari penyayang menjadi moody. Apa yang Azura dan anak-anak buat, serba tak kena belaka. Walaubagaimanapun, rahsia tersebut bukan lagi menjadi rahsia apabila ibu Daniel sendiri membuka cerita. Sebagai salah seorang pengarah syarikat, tak mungkin ibu mertuanya mampu menipu sesuatu yang seserius itu.
 
Akhirnya Daniel mulai berterus-terang dengan memberitahu A hingga Z masalah kewangan yang sedang menimpa perniagaannya. Seribu satu benda bermain di kepala Azura. Anak-anak dah nak masuk sekolah tak lama lagi dan yuran private school bukanlah murah. Lebih penting, bagaimana Azura nak maintain gaya hidupnya? Malu pada keluarga dan kawan-kawan. Mana nak letak muka? Habis semua luncheon bersama teman-teman dibatalkannya.
 
Azura cuba berselindung agar tiada seorang pun ahli keluarganya yang tahu apalagi teman-temannya. Bila sudah hampir tiga bulan Daniel tidak mampu memberinya wang belanja dapur, Azura mula berfikir untuk kembali berkerja. Keputusannya itu langsung tidak dibangkang Daniel tetapi mendapat reaksi berbeza dari keluarga. Terang Azura pada mereka, dia sudah bosan duduk rumah seperti orang tidak berguna. Kata Azura, dia mahu anak-anaknya memiliki ibu yang berkerjaya. Dia mahu menjadi contoh kepada anak-anaknya agar mereka berusaha untuk cemerlang dalam akademik. Itu kata Azura. Walau hakikatnya, keluarga mereka sedang dilanda masalah kewangan yang kritikal.
 
Dengan berat hati, Azura menghantar resume ke beberapa syarikat. Walau ada ijazah Master, namun akibat tiada pengalaman, dia hanya diterima untuk menyandang jawatan eksekutif sahaja. Bermulalah mimpi ngeri Azura apabila dia terpaksa berkerja menerima arahan dan bertugas mengikut masa. Tidak boleh lagi bersenang-lenang di rumah. Dia perlu wang untuk membayar gaji pembantu rumah yang sudah hampir lima bulan tidak dibayar. Dia perlu wang untuk bayar yuran sekolah anaknya. Dia perlu wang untuk belanja dapur. Pernah beberapa hari Azura terpaksa menelefon teksi untuk ke tempat kerja gara-gara tidak mampu membayar cukai jalan kereta mewahnya!
 
Pernah satu hari, Azura langsung tiada berduit. Bil telefon pun belum berbayar. Dia meminta Daniel sedikit wang sebelum menanti gaji masuk di hujung bulan. Kata Daniel, dia juga tengah sesak. “Should I ask my sister to lend us some money?” Permintaan Azura ditentangnya habis-habisan. Baginya, masalah keluarga perlu diselesaikan bersama dan jangan sesekali libatkan orang lain. Tiba-tiba Azura bingkas bangun masuk ke bilik dan kembali dengan sebuah kotak. Dalamnya sepersalinan barang kemas. Dia meminta suaminya pergi menggadainya. “Tak apa, jual saja. Daripada anak-anak I tak makan…” sindir Azura separa menjeling sambil mengingatkan suaminya agar menebusnya semula bila sudah ada duit nanti.
 
Selesai satu masalah tetapi masalah lain pula yang datang menimpa. Bila sudah merasai wang hasil gadai berang kemas tadi, selang seminggu kemudian, Daniel kembali kepada Azura meminta lagi barang kemas lain serta jam-jam tangan untuk digadai. Azura tiada pilihan dan akur sahaja. Namun, Azura benar-benar naik darah apabila suaminya mengambil kesempatan terhadap kemurahan hatinya apabila sampaikan beg-beg mewahnya juga mahu dijual. Memang Azura antara sosialit yang memiliki antara koleksi beg mewah paling berharga. Setiap satu ada resell value yang tinggi. Satu persatu beg hilang dari rak aksesorinya. Azura naik angin apabila mengetahui yang beg Kelly pemberian bapanya sebagai hadiah sewaktu dia pertama kali berkerja pun sudah dijual. Azura tidak mampu berkata apa-apa apabila suaminya hanya memberinya pandangan hampa.
 
Azura sayangkan suaminya. Dia sanggup bersusah payah untuk Daniel dan berkorban demi mencukupkan keperluan anak-anaknya. Namun kesabaran Azura ada tahapnya. Daniel jarang balik rumah. Setiap kali ditanya pergi mana, jawapan yang diberinya sama. “I sibuk cari duit.” Setelah beberapa kali diberi jawapan sama, Azura mulai mual dengan sikap suaminya. Lagi pun Azura sudah letih pergi kerja. Itu bukan kebiasaan baginya. Kata Azura, “I deserve better!”
 
Azura berazam mahu mengubah nasib dirinya. Tak mungkin dia boleh sambil lewa meminta cerai apabila suaminya tidak punya salah apa, cuma dilanda masalah kewangan sahaja. Namun situasi from bad to worst, membuatkan Azura berfikir panjang. Semalaman dia berfikir. Bahagiakah hidup kalau keperluan asas tak cukup? Pernyataan ikatan kasih di dalam kad ucap janji mereka sewaktu berkahwin, ‘through thick or thin’ tidak lagi membawa apa-apa lagi erti buat Azura. Kalau sudah anak-anak terpaksa menunda persekolahan, maksudnya di situ, Azura perlu meminta Daniel melepaskannya.
 
Sungguhpun begitu, Azura tidak tahu bagaimana dia ingin menyampaikan hasratnya kepada suaminya yang kini sedang berada dalam keadaan murung itu. Jauh dalam sudut hatinya, masih lagi ada tersimpan sedikit rasa kasih buat suaminya. Namun kebajikan anak-anak perlulah didahului. Azura mengumpul kekuatan mahu memulakan langkah demi kepentingan putera dan puteri kesayangan.
 
Pertemuan dengan Azri mengubah segalanya. Dia anak lelaki kepada teman baik bapanya dan mereka sudah lama saling mengenali. Azri memang pandai ambil hati. Dari hari ke hari, hati Azura semakin terpaut kepada Azri. Buat kali pertama sejak bertahun lamanya, dia kembali berasai nikmat dihujani dengan hadiah barangan berjenama. Bila hati sedang berbunga, Azura mula perlahan-lahan cuba melepaskan perasaannya terhadap Daniel. Dia ingin terus bersama Azri yang juga cukup mesra dengan anak-anaknya.
 
Sebelum Azura buka mulut lagi, Daniel sudah dapat meneka. Sebagai gentleman, dia bersemuka dengan isterinya dan berbincang dengan cara baik mengenai proses penceraian mereka. “I know it’s not fair for you and the kids… so I’m letting you go. Tapi I harap you jangan sukarkan proses hak penjagaan (anak-anak). I want to see my kids go up in front of my eyes,” ujar Daniel sambil menahan perasaan sebak. Dalam pada lega kerana tidak perlu bergaduh, Azura berasa terharu melihat Daniel sanggup berkorban demi kebahagiaan isteri dan anak-anak. Walau masih ada sisa perasaan kasih buat suaminya, Azura menganggap episod akhir ini sebagai petunjuk daripada Tuhan mengenai langkah yang terbaik buat semua adalah perpisahan.
 
 

See also
Datin X: Sendiri Takut Guna Produk Pemutih Keluaran Syarikat Sendiri