Datin X: Suami Curang dengan Anak Tiri Sendiri
Datin X sudah lama mahu berkongsi kisah mengenai seorang teman Datin X ini. Datin Dolly ini asalnya janda anak dua. Yang sulung anak lelaki dan yang bongsu perempuan. Jangan tak tahu anak si Dolly ini memang dua-dua pun kacak dan cantik. Kata orang muka terletaklah. Yalah, bapa orang Amerika ekspatriat bekerja di Malaysia.
Perkahwinan Datin Dolly dan bekas suaminya itu bertahan selama 10 tahun sahaja. Dalam masa menjanda itu ramailah yang cuba memikat Dolly ini. Orang cantik mestilah jadi buruan. Sampaikan budak muda pun mahu memperisterikannya. Status janda itu ditolak tepi. Tetapi Dolly memang memilih orangnya. Harta dan rupa paras kriteria utama. Kalau berharta tapi perut boroi, hmm…setakat date sekali sajalah.
0 Comments