Datin X: Sosialit Jual Barang Tiruan - Glam Malaysia

Datin X: Sosialit Jual Barang Tiruan

DatinX1

Gambar: Arkib GLAM


 
Bercakap fasal sosialit-sosialit Kuala Lumpur yang popular, seorang daripada mereka turut menjadi topik perbincangan hangat. Dia seorang usahawan yang memiliki butik sendiri tapi sayang barang jualannya semua tiruan produk-produk berjenama luar negara. Boleh buat muka tidak malu pergi ke majlis fesyen sambil tayang benda di badan yang mana kesemuanya immitation belaka. Dia ingat orang Kuala Lumpur ni buta fesyen sangatkah? Jangan nanti dihalau keluar butik seperti pernah terjadi suatu masa dulu pada seorang manusia itu. Nanti muka tak tahu nak letak mana, bisnes habis entah ke mana.
 
Datin X juga hairan sebab dia pun bergaul dengan kawan-kawan yang bukan calang-calang… high maintenance belaka semuanya. Jadi tidakkah janggal berniaga barang tiruan bila teman baik sendiri regular di butik-butik berjenama? Pelik sungguh! Di KL ni bukan dia seorang saja yang muka tembok jual barang tipu, ada seorang dua lagi yang agak galak menjaja beg-beg gred A. Tak sanggup Datin X nak menyebut namanya sebab orangnya blue blooded. Nama depan berpangkat sebab dari keturunan keluarga yang elok-elok. Kalau dia ke majlis keraian dan menjinjing beg berjenamanya, dia akan diberi layanan lebih istimewa dari orang marhain seperti Datin X ni. Tentu sekali semua akan berpendapat beg yang dibawanya mesti asli dan mahal sekali harganya. Tapi khabar dari insider, her bags are all fake! Takkan duit berkepuk-kepuk tapi nak beli beg pun teramat berkira? Kalau macam tu, lebih baik duduk rumah tidur atas duit saja!
 
Itu belum lagi fasal seorang sosialit muda yang baru-baru ini bersalin anak sulung. (Konon-konon usahawan butik lah, walau hakikatnya, kedai dia tak ubah macam kedai dekat Sungei Wang saja!) Perempuan ini pun boleh tahan bawa Birkin semua, tapi Louboutin di kaki confirm tiruan. Dia ingat sebab pakai di kaki orang tak perasan ke? Ceritanya ketika dia dan kawan-kawan pergi window shopping untuk kasut, salah seorang teman terperasan bila perempuan ini buka kasutnya. Hmm… apa lagi? Jari terus cepat menghantar BBM ke kawan-kawan lain. Dari sekadar gosip di Blackberry, terus jadi bahan ketawa satu KL. Entah-entah Birkin yang digendong ke sana-sini tu pun tiruan tak? Oh, manusia… macam-macam!

See also
Datin X: Datuk Meninggal, Datin Kembali Ligat