Datin X: Sanggup Hipokrit Asal Tidak Digelar ‘Janda’ - Glam Malaysia

Datin X: Sanggup Hipokrit Asal Tidak Digelar ‘Janda’

Satu hari sedang Datin X duduk-duduk bersembang dengan teman-teman, tiba-tiba salah satu daripada teman Datin X buka cerita mengenai Salina. Dia memang popular jugalah. Di Instagram pengikutnyanya cecah ribuan! Mana tidaknya, geng-gengnya memang semua bergaya sakan walaupun masing-masing sudah berusia 40-an. Mereka ini semuanya berduit. Kalau ke mana-mana majlis mesti mereka berenam datang. Masing-masing pun pasang badanlah. Datin X menggelar kelompok Salina sebagai geng makcik-makcik glamor!


Salina ini kalau dinilai gaya hidupnya di Instagram, konon-konon dia ini sempurna sangatlah. Dialah ibu mithali, isteri mithali, anak mithali, menantu mithali dan macam-macam lagilah anugerah yang boleh diberi kepadanya. Caption di Instagram, “Today my hubby requested me to cook his favourite dish…” Nah gambar ketam masak lemak cili api pun dimuat naik. Kalau di majlis bukan main romantiklah dia dan suami. Orang sampai menggelar mereka pasangan merpati dua sejoli. Rupa-rupanya mereka sudah pun bercerai! Bukan cerai talak satu atau talak dua ya. Talak tiga terus! Kebetulan anak teman Datin X yang sorang ni adalah teman baik kepada anak sulung Salina. Jadi anaknya si Salina ini sering luahkan perasaan yang terbuku di hatinya. Berjurai air mata anaknya bercerita kisah aib kedua orang tuanya. Bayangkan enam tahun sudah berpisah tetapi masih lagi tinggal sebumbung! Cumanya mereka tidur di bilik berasingan lah.

See also
Katie Cassidy Akhirnya Bertunang!

Salina cakap pada anak-anaknya dia tidak mahu sesiapapun menggelarnya janda. Alasannya kerana teman-teman Salina semuanya bencikan janda-janda hot ni. Mereka menggelar janda semuanya gatal dan kaki kebas laki orang. “Anggap sajalah mama dan papa ini masih berkahwin, after all you guys are lucky to get to stay with us under one roof, jadi tak adalah kita sekeluarga terpisah,” terang Salina pada anak-anaknya. Bodoh agaknya Salina ini, ingat di sekolah anak-anaknya tidak ada kelas agama yang mengajar apa itu halal haram dan dosa pahala.

Tergamak Salina dan bekas suaminya hidup bertopengkan penipuan. Yang jadi mangsa adalah anak-anaklah. Bayangkan ahli keluarga yang lain langsung tidak tahu menahu mengenai penceraian mereka. Bila Hari Raya elok masing-masing balik kampung mainkan peranan agar rahsia tidak ketahuan. Sanggup berlakon adegan mohon ampun antara suami isteri di pagi raya! Mampus jika ada di antara anak-anak yang terlepas cakap mengenai perpisahan kedua orang tua mereka. Selamba saja kedua pasangan ini menipu orang dikeliling mereka tanpa sedikit pun ada perasaan bersalah. Lagi cerita anaknya, Salina sudah tiga tahun ada teman lelaki dan bekas suaminya pun sama naik kakilah. Mula-mula tu keluar-keluar dating saja. Tapi mereka buat secara senyap-senyap, untuk pastikan tidak terlihat oleh teman-teman. Punah gelaran ‘dua merpati sejoli’ yang diberi teman-teman mereka kalau terserempak.

See also
Global Getaway Teras Utama Koleksi Bunga/Panas '19 Michael Kors

Salina bercinta dengan Mat Salleh. Dah tak boleh ketuk duit bekas suaminya ditarahnya duit kekasihnya yang dari Perancis ini. Almaklumlah expatriate katakan, mestilah wangnya bertimbun! Jadi makin meriahlah koleksi beg tangan label pereka Salina. Pantang teman lelakinya pulang ke negaranya, pasti dia akan hadiahkan tas mewah buat Salina. Heran sungguh Datin X, teman lelakinya Salina ini tidak marah ke dia tinggal sebumbung dengan bekas suaminya. Yang bekas suaminya pula bercinta dengan gadis Cina. Muda orangnya. Gamaknya jumpa di kelab malamlah tu. Beza umur teman wanitanya hanya tiga tahun saja dengan anaknya yang tua. Betul buang tebiat. Kalau di rumah itu Salina dan bekas suaminya seperti orang asing sahaja, umpama ‘kau buat hal kau, aku buat hal aku’. Cuma kalau ada family vacation, mereka akan pergilah anak-beranak bersama-sama. Semetelah di luar negara itu, Salina pun belanja gambar habis-habisanlah di Instagramnya. Keluarga bahagialah kononnya!

Yang peliknya menurut anaknya si Salina, kalau bercuti di luar negara, mak dan ayahnya dua-dua memang tiada masalah. Siap duduk di satu kamar lagi. Memang rasa betul-betul keluarga bahagialah orang kata. Tapi kalau pulang saja ke tanah air, masing-masing buat hal sendiri macam tak kenal antara satu sama lain. Kalau bercakap pun bertekak sahaja. Jadi lebih baik mereka tidak bertegur antara satu sama lain. Itu belum campur maki hamun lagi. Buat anak-anak stress je! Kalau Datin X lah jadi anak-anaknya si Salina ini memang boleh ada tekanan mental! Kisah macam ni memang betul-betul pertama kali Datin X dengar.

See also
Alpha IVF & Women’s Specialists Lancar Pusat Rawatan Kesuburan Baharu

Lebih parah apabila Salina dan bekas suaminya bawa balik pasangan masing-masing ke rumah. Anak-anak menjadi saksi betapa buruknya akhlak kedua orang tua mereka. Kalau dah bawa masuk kamar tidur itu faham-fahamlah apa yang dibuatnya. Hey, boleh sajakan kalau dah tak tahan sangat pergilah check-in di hotel eksklusif. Sanggup hancurkan hati anak-anak sehingga sedemikian rupa. Datin X betul-betul rasa jijik dengan perangai Salina dan bekas suaminya. Kasihan anak-anak yang tidak berdosa terpaksa menanggung perbuatan tidak bermoral mak dan ayah. Malulah dapat mak ayah seperti itu. Patutnya peranan ibu bapa memberi tunjuk ajar pada anak-anak agar berakhlak mulia. Ini lain pula jadinya. Dunia betul-betul sudah terbalik. Kata anak sulung Salina yang baru sahaja selesai peperikasaan SPM, dia mahu lanjutkan pelajaran di luar negara dan tidak mahu balik-balik lagi! Begitu benci dia pada Salina dan ayahnya. Kalau Datin X pun, Datin X akan lakukan perkara yang sama.