Datin X: Rakan Kongsi Juga Rakan Di Ranjang - Glam Malaysia

Datin X: Rakan Kongsi Juga Rakan Di Ranjang

Kisah teman Datin X yang seorang ini memang keterlaluan. Datin Mui yang sudah 19 tahun berkahwin dengan Datuk Idris senyap-senyap curang di belakang suaminya. Walhal Datuk Idris ini punyalah sweet and caring padanya. Setiap minggu dia akan menitipkan sejambak bunga segar di pejabat Datin Mui.


Datin Mui ini bijak, tidak mahu orang kata duitnya hanya daripada Datuk Idris. Jadi dia sendiri bina empayar. Alah, tapi duit modalnya dari Datuk Idris juga! Nak dijadikan cerita perniagaannya boleh tahan maju jugalah. Anuar adalah rakan niaganya yang baru. Boleh tahan segak orangnya. Mula-mula rakan kongsi, lama-kelamaan bertukar menjadi pasangan kekasih! Kerana kebaikan Datuk Idris, Datin Mui ambil mudah pada perkahwinannya. Bibit-bibit cinta bermula apabila Anuar dan Datin Mui setiap hari keluar makan tengah hari bersama dan kerja lebih waktu pejabat. Selalu Datin Mui menggedik di kamar pejabat Anuar. Siap duduk atas meja Anuar dan gelak-gelak manja sampai kedengaran dari luar! Naik meremang bulu roma Datin X dengar!

Pautan berkaitan: Datin X: Ipar Duai Berpecah Belah, Porak Peranda Rumah Mentua

Lebih parah apabila Datin Mui dan Anuar sering ke luar negara kononnya atas urusan kerja. Datuk Idris percayakan isterinya bulat-bulat. Destinasi out of town adalah tempat untuk mereka rendezvous. Tempat mereka melampiaskan nafsu serakah. Kalau di Malaysia tiada privasi, takut terkantoi. Selalu kes Datuk buat hal, kali ini Datin pula yang curang. Tetapi bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga!

See also
Sertai Peraduan Hari Wanita Sedunia Blu Inc Media

Satu hari Datuk Idris terbaca mesej dan gambar-gambar intim mereka di WhatsApp Datin Mui. Gambar %&$#@ Datin Mui dan Anuar juga ada di simpanan WhatsAppnya! Habis terbongkarlah rahsia selama dua tahun perhubungan haram dua insan ini! Bukan menangis dan merayu agar diampunkan kesalahannya, tetap Datin Mui meroyan minta diceraikan! Alasannya kerana bosan dengan Datuk Idris. Datuk Idris yang benar-benar tercabar dan dalam keadaan marah langsung jatuhkan talak tiga! Malam itu juga Datin Mui kemas barang-barangnya dan mengarahkan pemandunya menuju ke kondominium miliknya. Bukan main sombong lagi si Datin Mui. Ya, apa nak dirisaukan, dia tidak perlu bergantung dengan Datuk Idris lagi sebab syarikatnya memperolehi keuntungan berlipat ganda. Sekali gus selamat tinggallah pada gelaran’ Datin’ ya! Macam tu sekali mabuknya dia bercinta dengan si Anuar. Pandangan keluarga terhadapnya langsung tidak endahkan. As long as she has her business on board and Anuar by her side everything else is beyond her.

Anuar walhalnya sudah ada isteri dan empat anak. Harus Datin X akui cantik isteri Anuar. Kerana duit Mui, Anuar bermain cinta dengan wanita yang 10 tahun lebih tua daripada usianya. Semenjak bergelar janda, Mui makin galak bermanja dengan Anuar di pejabat. Kalahkan anak muda bercinta. Sudah beberapa kali juga Datin X dan teman terserempak dengannya di luar negara. Selalunya mereka akan ke Bali atau London. Pertama kali terkantoi di Bali, pucat lesi mukanya kala terserempak tengah asyik bercumbu. Mengalahkan Mat Salleh. Apabila disapa terus lari lintang pukang dengan berbikini. Ingat Datin X tidak cam muka botoksnya itu. Kemudian teman-teman kami yang ke luar negara juga turut beberapa kali terserempak dengan mereka. Bukan main seksi Mui di luar negara. Mahu jadi Kim Kardashian gamaknya. Yalah, rugilah buah dada silikon cup E Mui buat mahal-mahal kalau tak ditayang. Kalau di Malaysia tidak boleh ‘belanja’ lebih, di luar negaralah ditayang betul-betul sampai lagi sikit hendak nampak puting!

See also
Pavilion Pitstop Fashion Beats

Mui bukan main baik dengan isteri Anuar dan anak-anaknya. Selalu saja diberi barang-barang berjenama. Tergamak Anuar dan Mui main wayang duduk semeja makan bersama keluarga Anuar. Mui pun main peranan seperti Anuar itu tidak lebih dari business partner. Dia juga pandai ambil hati anak-anak Anuar. Setiap kali jumpa dia akan memberi duit belanja. Panggilan mereka berdua adalah ‘sayang’. Hairan Datin X apabila mereka boleh kawal dan tidak terlepas panggilan sayang di depan isteri Anuar dan anak-anak. Hebat kedua-dua pasangan ini agar tembelang mereka tidak pecah!

Dengar cerita isteri Anuar sudah dapat menghidu hubungan mereka. Panas hati Mui trip honeymoonnya dibatalkan sempena meraikan ulang tahunnya ke 52. Anuar tidak mahu ambil risiko jika percutian mereka diteruskan. Selepas itu mulalah berlaku pergolakan antara Anuar dan Mui. Anuar berterus terang tidak sanggup kehilangan isteri dan anak-anaknya. “Stay away from my life and this has to stop, I would not jeopardise my family for this!” tengking Anuar pada Mui apabila Mui mengajaknya kahwin. Mui tersentak dan menangis tersedu-sedu. “Anuar I let go my 19 years marriage for you!” Anuar dengan tegasnya enggan menerima cadangan itu dan tidak diendahkan pun air mata Mui. Anuar membatalkan kontrak menjadi rakan kongsi.

See also
Retorik - Tudung Bukan Sekadar Fesyen

Sejak hari itu, tiada lagi kelibat Anuar di pejabat. Mui pula meroyan di pejabat! Bila dia naik gila habis semua staff disembur. Sesekali terdengar dia menjerit-jerit di telefon. Separuh gila dibuatnya apabila Anuar blocked nombor telefonnya. Amarahnya yang tidak tertahan bercampur dengan rasa rindu pada Anuar. Datin Mui menyerang Anuar di rumahnya. Dimaki hamunnya Anuar dan isterinya di luar pagar seperti perempuan gila. Perbuatannya itu mengakibatkan dia ditahan semalaman di lokap. Dan khabarnya bekas suaminya sudah bernikah dengan wanita berusia 25 tahun. Tetapi kesedihan Mui tidak lama. Dua bulan selepas itu dia berpacaran lagi. Teman lelakinya yang baru ini jauh lebih muda daripada Anuar. Datin X hanya mampu menggeleng kepala. Tak insaf-insaf! Di usianya kini dia patutnya seronok bermain dengan cucu. Bukan bercinta seperti anak remaja dan bergelumang dengan maksiat. Tuhan beri suami yang baik, tidak dihargai. Dia kini tidak ubah seperti seorang penagih. Penagih cinta. Membeli ‘cinta’ lelaki dengan menabur wang ringgit dan harta.