Datin X: Parti Liar Di Luar Negara - Glam Malaysia

Datin X: Parti Liar Di Luar Negara

Bukan mudah untuk kita membaca personaliti seseorang dari sekadar first impression, tambah-tambah lagi di zaman ini. Manusia jenis kuat menipu amat ramai. Conman, conwoman…ada di merata-rata tempat. Kadangkala darah daging sendiri pun ada juga yang tidak boleh guna. Sampai ada yang sanggup menipu duit orang tua, adik-beradik jatuh bankrap gara-gara percayakan janji manis keluarga. Sungguh tidak berbaloi untuk berkorban harta dan wang ringgit pada individu-individu parasit, walau pun mereka itu pangkat saudara.

Datin X terpanggil untuk bercerita pasal seorang Datin yang kuat berlagak ini. Dalam lambakan watak-watak perempuan fake di Kuala Lumpur, yang dia ini memang antara pemenang. Maksud Datin X, bukan lelaki berpenampilan wanita, tetapi wanita yang kuat berpura-pura. Bermegah-megah di media sosial, tayang kaya berharta. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya berjenama belaka. Tapi rupa-rupanya semua itu bak kata orang sekarang, propa sahaja. Oh well, so what? What else is new?

Gaya macam Muslimah, tapi kerap anjur parti liar tertutup. Siapa menyangka…demi perniagaan, sanggup berlakon alim-alim kucing. Padahalnya, kalau bab buat benda tak senonoh, dialah yang jadi kepala sebenarnya. Sanggup bayarkan tiket penerbangan ke luar negara berserta hotel penginapan untuk kawan-kawan, konon sebab mahu lebih privasi. Kalau joli katak di dalam negara, risaukan orang keliling pecah lubang nanti takut viral katanya. Hmm, kalau artis kita fahamlah juga. Tetapi Datin tersebut hanya seorang usahawan.

See also
Nadiyah Shahab Tamat Pengajian Setelah 7 Tahun

“Sedih betul Datin tu. Sanggup bayar tetamu untuk memenuhi kuota untuk parti maksiat dia. Dia memang suka melayan lelaki muda. Katanya sampai ke bilik tidur. Mana mungkin suaminya tak tahu. You nak tahu kenapa? Sebab suaminya pun sama…sering kami dengar dia check in hotel dengan perempuan lain!” Pandai-pandai betul semua orang ini bercerita, sepertikan mereka juga tinggal serumah dengan pasangan Datin dan Datuk itu!

Datin X faham sangat. Dunia perniagaan memang banyak dugaan. Saingan itu biasa, kena kutuk dan mengata itu juga biasa. Kerana sudah jadi resam untuk orang berniaga juga ada musuhnya. Kita tidak minta tetapi hasad dengki beraja bila ada kaitan dengan wang dan harta. Musuh dalam selimut, musuh terang-terangan dan tidak kurang juga musuh yang bertopeng sebagai kawan. Datin tersebut pula terlebih berani kerana secara sengaja mengapi-apikan antara teman dan lawan. Demi meningkatkan jualan, dia sanggup guna taktik kotor. Habis kawan-kawan seperjuangannya – hidup, rumah tangga dan bisnes mereka semua berantakan akibat mulut bisanya menabur fitnah.

See also
Oscars 2020: And The Winners Are...

“Datin, you jangan percaya sangat dengan perempuan tu. Dia itu lidahnya bercabang. Kuat menipu. You ingat produk dia laku? Dia tu sembang saja lebih. Mana datang untungnya? Rumah-rumah mewah dia pun semuanya sewa. Konon entertain business partners…padahal semua tu nak kena con!” Marah benar dia dekat Datin tu. “Oh, macam ini stail sekarang ya? Kalau dulu, orang bisnes mahu lobi projek mesti sibuk tayang kereta. Sekarang ni kena show off rumah juga ke?” Sambut kawan Datin X tadi, “Of course! Takkan nak muat naik di Instagram rumah teres dua tingkat? Kata bisnes juta-juta!”

Datin X hanya kenal Datin tersebut by reputation. Tetapi bunyinya seperti ramai yang tidak berpuas hati dengannya. Ada yang menunjukkan video Datin tersebut sedang high dan dalam keadaan yang berpakaian kurang kain. Tetapi Datin X rasa itu hak peribadinya, jangan kita pula yang menjadi pihak yang menyebarkan. Nanti jadi kes naya pula. Lagi pun tuan badan bukannya spring chicken kerana umur pun sudah tak berapa nak muda, anak sudah berderet. Kalau betul dia itu berniat buruk pada orang, usah dilayan kerana hasad dengki itu sendiri akan memakan dirinya suatu hari nanti.

See also
Introducing: Fariza Sakina Berkilauan Indah Dengan Bvlgari
Arkib GLAM Ogos 2019