Datin X: Mak Nyah Layan Suami Tanpa Pengetahuan Isteri - Glam Malaysia

Datin X: Mak Nyah Layan Suami Tanpa Pengetahuan Isteri

Jangan disangka air yang tenang, tiada buaya. Kawan yang nampak baik, manis mulut; usah disangka niatnya sebagai teman 100 peratus murni. Di sebalik baiknya itu ada tersirat maksud tertentu. Datin X bukan mahu menggalakkan kita semua berburuk sangka, tapi kejadian kawan makan kawan sudah beberapa kali berlaku di depan mata. Apatah lagi dalam era ekonomi sekarang ini yang kurang memberangsangkan, wang ringgit jelas senang sekali mengaburi mata. 


Hanisah yang sudah pun usianya separuh abad, baru setahun berkahwin baru. Perkahwinan pertamanya berakhir dengan penceraian apabila sang suami jatuh cinta pada kawan baiknya yang kebetulan jauh muda daripadanya. Tak sanggup bermadu dengan bestfriend sendiri, Hanisah minta dilepaskan. Sejak episod tersebut, dia tidak lagi mempercayai mana-mana kawan perempuannya yang muda-muda apalagi yang kaki bergaya.

Hanisah fikir, dia akan menjanda sampai ke hujung nyawa. Namun dia bertemu cinta baru dengan lelaki muda daripadanya. Bercinta bagai anak remaja. Hanisah pun tumpang bangga menayang pada bekas suami yang dia juga mampu untuk score pucuk muda. Merancang untuk berkahwin dalam waktu terdekat, Hanisah berazam tidak mahu lagi meminta bantuan mana-mana kawan perempuannya. Katanya, dia takut pisang berbuah dua kali.

See also
Cara Terbaik Untuk Kecilkan Liang-Liang Pori Tanpa Belanja Besar

Kebetulan, Hanisah mula merapati seorang mak nyah bernama Lela yang asalnya sudah bertahun bekerja di salun rambut kegemarannya. Sebagai pelanggan setia di salun berkenaan, Hanisah banyak bercerita mengenai permasalahannya kepada Lela. Bila ada acara istimewa, Lela akan dipanggilnya datang ke rumah untuk mendandan rambutnya selain menyolek. Dengan tidak semena, mereka menjadi kawan rapat. Fikir Hanisah, lebih senang berkawan dengan mak nyah. Bersahabat dengan perempuan betul, suami kita yang dikebasnya dulu!

Hanisah merasa gembira dengan adanya Lela sebagai peneman. Kawan baik barunya itu memiliki perwatakan yang cukup menghiburkan, membuatkan dia lupa pada episod perceraiannya yang memeritkan. Lela yang mulut laser, ada-ada sahaja bahannya mahu menghangatkan api kebencian Hanisah terhadap isteri baru bekas suaminya. Ada-ada saja gosip yang disampaikan, hinggakan kawan-kawan perempuan Hanisah yang lain mulai menjauhkan diri daripadanya. Kata mereka, Hanisah sudah keterlaluan apabila cuba membesar-besarkan perkara yang asalnya bukanlah ada apa sangat pun. Buat dapat dosa kering sahaja apabila mengaibkan orang lain tanpa sebab. Mereka juga tak mahu bersekongkol dengan tag team Hanisah-Lela. Mana tahu, takut nanti kalau-kalau Lela menjadi batu api mahu melaga-lagakan antara mereka pula.

See also
Godaan Wangian Dua Personaliti Coco Mademoiselle Versi Baru

Mulut di luar sana pun boleh tahan jahat juga. Gelaran ‘fag hag’ buat Hanisah memang sudah terkenal, cuma Hanisah sahaja yang tidak tahu. Dengan tidak semena, dia pula yang menjadi bahan ketawa. Lebih lucu bila keduanya berjalan bersama-sama. Hanisah yang sudah pun bercucu, masih lagi gigih berskirt pendek dan berbaju tanpa lengan. Lagi-lagi bila ada pula ‘wanita jelmaan’ mengekorinya ke sana-sini, juga bergaun, bermekap dengan kasut tinggi segala. Datin X tak tahan mahu ketawa bila ada orang snap gambar mereka berdua dan hantar ke group chat kami. Tak pasal-pasal jadi joke of the week!

Sekarang Hanisah sudah selamat berkahwin dan Lela masih juga mengekorinya ke sana-sini ke majlis-majlis rasmi. Kami semua sedia maklum akan gosip yang berlegar mengatakan Lela juga memberi ‘servis’ istimewa kepada suami baru Hanisah di luar pengetahuan Hanisah sendiri. Oleh kerana sudah terlalu biasa dan diberi kebebasan untuk keluar masuk rumah, Lela ambil kesempatan dan suami baru Hanisah pula gian merasa benda baru agaknya. Hmm, faham-faham sajalah. Bunyinya seperti tak masuk akal, namun di akhir zaman ini, segalanya mungkin. Tiada siapa yang sampai hati mahu menyampaikan perkhabaran ini kepada Hanisah. Tak tahulah jikalau khabar ini betul atau tidak. Tapi jikalau ia benar, kasihan sungguh!

See also
Diari Deko - Temasya Keraian Bak Bangsawan