Datin X: Herdik Pekerja bawahan

Datin X: Herdik Pekerja Bawahan

DatinX_______
 

Ini cerita lama dan banyak berlaku di kalangan orang kita hari ini. Bila dah berduit sikit, ada jawatan atau gelaran, ramai yang jadi hidung tinggi tapi ramai yang tak menyedari. Dengan kawan-kawan mungkin dia masih bersikap biasa, mesra seperti selalu tapi bila bercakap dengan pembantu atau pelayan restoran atau sesiapalah yang tidak setaraf, diherdiknya seperti orang itu tak ada perasaan.

 
Tempoh hari di stesen petrol Taman Tun, Datin X berselisih kereta dengan seorang manusia ini. Sempat bersembang sambil menunggu tong minyak kereta penuh diisi. Dia ni memang orang senang, tapi sekarang menjadi-jadi senangnya bila anak perempuannya hit jackpot dapat tangkap suami kaya-raya. Naik kereta mewah tapi tinggi suaranya mengherdik pekerja stesen dan mengomel tak habis, katanya lembap dan terhegeh-hegeh. Kalau yang dimarahnya orang muda lain cerita, tapi makcik tua lebih separuh abad umur dari gayanya. Dari bahasa pertuturan makcik tua tadi, Datin X tahu dia bukan orang pendatang. Kasihan!
 
Beberapa kali sudah Datin X terlihat situasi lebih kurang sama. Makan di restoran bersama seorang kawan baru yang sibuk nak propose peluang berniaga, meminta Datin X invest dalam projek dia. Dia ini cakap dengan waiter belum apa-apa sudah diselang-seli dengan jeling dan perli. Apabila makanan yang diminta tiada, naik suara kononnya marah bukan kepalang. Bukan salah waiter tu pun… Habis menu dihempasnya sambil mulut kumat kamit menyumpah seranah. Nak saja Datin X sekolahkan perempuan tu. Mungkin hari ini kita bos, esok lusa mungkin kembali menjadi kuli. Banyak dah terjadi. Dari mulanya berminat nak invest, terus Datin X hilang selera dan hilang hormat padanya.
 
 

See also
Pelancaran Dior La Collection Privee