Datin X: Ego Wanita Berkuasa - Glam Malaysia

Datin X: Ego Wanita Berkuasa

datinx2

Zaman dulu, lelaki mata keranjang menukar isteri seperti menukar baju. Hari ini sudah terbalik. Ramai pula isteri-isteri yang senang-senang saja menukar suami sesuka hati hanya kerana mahu mencuba pucuk baru. Datin X bukan orang terbaik untuk menghakimi wanita-wanita ini because I’m not in their shoes. Memang mungkin sudah tiada jodoh. Tapi agak pelik bila mendengar khabar kahwin tak sampai beberapa tahun, kemudian cerai. Kemudian selang setahun dua, kahwin lagi… kemudian cerai! Dari lagak gaya wanita-wanita ini (bukan semua), mereka seperti sudah tidak lagi melihat perkawinan sebagai sebuah ikatan yang suci.
 
Kalau suami dah tak boleh keep up, you can move on. Tolong berhenti hidup bersama kalau ianya lebih menyusahkan. It’s as simple as that! Datin X rasa mungkin sebab gaya hidup hari ini yang sudah banyak berubah. Wanita sekarang lebih berdikari, jawatan pun besar-besar maka semakin bijak urus duit sendiri. Mereka sudah tidak mahu lagi terikat dengan dapur, selalu saja mahu dine out di kafe atau restoran bergaya. Nak beranak pun, seorang dua sudah cukup. Konon lebih pentingkan kualiti dari kuantiti. To raise a child in the city is super expensive, katanya… tapi maintenance untuk kecantikan boleh pula all out! Umur 40 pun nampak macam baru masuk 30 tahun. Everything seems to be within reach. Sebab itulah kalau hari ini suami lari, siapa cakap wanita-wanita ini akan selamanya terus sunyi? Silap hari bulan, suami itu yang akan merangkak balik menagih simpati bekas isteri.
 
Seperti suatu kisah suami isteri ini yang kedua-duanya pemilik dua buah syarikat berbeza yang saling memerlukan antara satu sama lain. Kahwin di lewat usia tapi mereka nampak seperti masih muda. Satu lagi, ini adalah perkahwinan kedua buat isteri tersebut yang Datin X panggil Azreen. Azreen memang out going dan selalu bersosial. Suaranya lemah gemalai,kaki flirt dan khabarnya selalu ada fling di luar dengan kawan-kawan lelakinya tanpa mengira sudah berkahwin atau pun tidak. Suaminya tidak ambil peduli, mengetahui isterinya memang very attractive. Tentunya mana-mana lelaki pun akan mengerling dua kali. Tapi sikap endah tak endah suami itu tadi rupa-rupanya memakan diri bila isterinya benar-benar terpaut hati pada lelaki lain yang juga kawan sepejabatnya sendiri. Suami Azreen ini memang lurus bendul. Dia tak pernah syak yang isterinya ada hubungan terlarang dengan teman sepejabat walau dia tahu keduanya kerap main golf bersama, selalu keluar bersama di luar waktu kerja. Segala rahsia terbongkar garagara mulut tak ada insuran seorang staf butik yang terlepas cakap. Mungkin staf itu masih baru, jadi dia belum begitu kenal siapa regular butiknya. Staf tersebut tersasul mengenai Azreen dan ‘suaminya’ dihadapan suami Azreen sendiri. Berderau darahnya bila dapat tahu si isteri ada kekasih lain.
 
*Baca lebih lanjut di GLAM July 2014
 
 

See also
Fan Bingbing, Serampang Tiga Mata