Datin X: Anak Tak Tahu Bapa Gila Seks - Glam Malaysia

Datin X: Anak Tak Tahu Bapa Gila Seks

Ragam manusia macam-macam. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada yang berlagak alim tapi gila seks, ada yang nampak berduit tapi kedekut tak bertempat pula. Ada yang bersuamikan syaitan, tapi sebab sayang, anak jadi taruhan. Ada cucu sewaktu kecilnya dijaga nenek, bila besar, dia pula yang balik memaki hamun si neneknya sebab nakkan harta pusaka. Eh, ada sesiapa yang terasa ke? Ah, memang patut pun. Dunia sudah menggila agaknya. Kepala Datin X agak pusing, emosi bercampur-baur mengenangkan kisah seterusnya berlaku pada seseorang yang rapat dengan Datin X sendiri.

Sebuah cerita yang sudah lama dilupakan tapi baru-baru ini diungkit semula. Dia bukan Datuk, tapi lagaknya lebih kurang dan kalau bercakap macam orang alim mengalahkan ustaz. Cukuplah kalau Datin X gelar dia F saja. Keadaan F sekarang ini cukup terdesak bila syarikat yang diusahakannya hampir-hampir diisytihar muflis. Jadi ketika ini dia akan kejar apa saja lubang duit yang ada. Orang ini sekarang sedang turun naik mahkamah berebut harta pusaka isterinya tapi sendiri terjerat apabila kisah lampaunya dikorek satu persatu lalu membuka sejarah hitamnya yang selama ini dia cuba sembunyikan.

See also
Pelantun Lagu Januari Sudah Tiada

Kerana wang ringgit, F jadi gelap mata. Sanggup bercerita segala keburukan mentua pada anak-anaknya, menghasut hinggakan si cucu sanggup memaki hamun datuk dan neneknya yang dulunya pernah bagi makan, hantar pergi balik sekolah sampailah cuci kencing berak mereka. Tapi dunia ini bulat saja. What comes around goes around. Bila F dah mula naik turun court, mulalah hijab kepada aibnya terselak perlahan-lahan. Ramai yang sudah mula berbisik-bisik bercerita, semua orang kecuali anak perempuan tunggal kesayangannya. Kalau F rasa dia yakin menang sebab ada kes yang kuat, oh…minta maaf. Dia belum tahu langit itu tinggi atau rendah sebelum pihak lawan mengemukakan ‘bahan bukti’ mereka pula.

Kisahnya begini… Dulu sewaktu tengah kencang berniaga, dia rasa dia mampu miliki semua. Termasuk perempuan. Kalau makan luar tak apa lagi. Ini sampai pembantu rumah pun mahu diseretnya masuk ke kamar tidur. Satu persatu pembantu rumah membuat laporan kepada agensi masing-masing tapi tidak dilayan kerana disangka sengaja cari alasan mahu lari. Tapi takkanlah tipu kalau sudah semua agensi yang datang membawa cerita lebih kurang sama.

See also
Retorik: Glut for Likes

Oleh kerana F ‘berkedudukan’, maka dia dapat menyelamatkan diri daripada dibawa ke muka pengadilan. Isteri tahu, tapi buat-buat tak faham. Yang kecohnya adalah orang di sekeliling yang risaukan anak perempuan tunggalnya yang selalu ditinggalkan bersendirian di rumah. Takutkan nanti, pembantu rumah tak dapat, anak pula yang dijadikan mangsa. Kalau dah nama pun sex predator, mana dia kisah. Kes haruan makan anak pun memang banyak berlaku dan selalunya didiamkan saja.

Hari ini, anak perempuan F benar-benar sebelahkan bapanya. Lantang bersuara bila tiba masa court proceeding. Rasanya dia belum tahu lagi siapa bapanya yang sebenar. Kalaulah sesiapa terbuka mulut memberitahu yang bapanya dulu lelaki gila seks, hancurlah hati dia. Silap-silap terus lari tak balik-balik lagi! Dulu F pernah disergah keluarga sendiri apabila kesnya merogol orang gaji sepertikan tiada sudah. Punyalah tak nak mengaku sampaikan F sanggup memperjudikan agama dengan bersumpah memegang kitab suci Al-Quran. Kalaulah F terbaca tulisan Datin X ini, kamu ingat…atas dunia ini bolehlah kamu lari kerana akhirat kelak ramai yang akan mengejar, menuntut pembelaan dari segala apa kesengsaraan yang telah kamu lakukan.

See also
Busana Mewah Mila Kunis Dalam Jupiter Ascending