Datin X : Sudah Hilang Harta Dan Gelaran Tetapi Masih Tidak Sedar Diri

Datin X : Sudah Hilang Harta Dan Gelaran Tetapi Masih Tidak Sedar Diri

Hidup ini ada pasang surutnya. Bila kita senang, usah meninggi diri. Kalau berharta, perlu murah hati. Sebab sampai time susah nanti, ada jugalah kawan yang sanggup membalas budi. Tetapi dalam dunia ini, ada juga spesies manusia sombong yang sewaktu susahnya masih lagi tidak sedar diri. Mahu orang melayaninya seperti dulu.

Tapi sebelum tu Datin X mahu tanya apa pendapat pembaca mengenai anak-anak yang menghantar anak mereka ke rumah ibu bapa atau mertua untuk dijaga, sementara mereka keluar bekerja? Ramai kata, situasi sebegitu laksana ibu melahirkan tuan. Di usia lanjut sepatutnya berehat dan beribadat, tapi dah kena jadi babysitter pula.

Datin X kenal satu Datin ini yang mengeluh terpaksa menjaga cucu-cucunya sudah bertahun-tahun. Memanglah bukan Datin tu jaga sendiri sebab orang gaji ramai, tetapi dia kecewa sebab anak perempuannya tinggalkan anak-anak yang masih kecil padanya untuk travel bersuka-suka. Kahwin cerai sudah tiga kali. Nak kata kerja, tidak juga. Berpeleseran dengan ramai lelaki dan sekarang tiba-tiba nak kawin dengan lelaki Mat Saleh katanya. Nasiblah anak sulungnya sudah masuk kolej di London. “Bila Shireen di oversea, serba salah saya sebab ada masanya saya yang terpaksa menghadap bekas-bekas suami yang datang mahu menjenguk anak. Kes nafkah di mahkamah pun belum selesai. Shireen entah di mana. There’s only so much that I can do…” ujar Datin tersebut bercerita sambil mengurut dada. “Bulan lepas waktu sesi persekolahan baru bermula, saya yang sibuk belikan barang kelengkapan sekolah. Shireen haram nak balik siapkan keperluan anak-anak sendiri. Ya, saya tahu dia mengharapkan ibunya yang keluarkan wang belanja. Okey, saya boleh tolong belikan. They are my grandkids anyway… but she too has to come home and take responsibility of her own children!”

Dua hari lepas, Datin X bertembung dengan Shireen di Orchard Road, Singapura. Kami sudah lama kenal. Dahulunya bekas suami Shireen adalah bos kepada suami Datin X. Gaya Shireen dari dulu sampai sekarang langsung tidak berubah. Ya, always
fashionable dengan beg Chanel dan penampilan top-to-toe jenama mewah. Oleh kerana sudah bertahun tidak ketemu, Datin X ajak dia ke PS Cafe untuk catch up.

Seperti biasa Shireen dengan lagak ala kayanya. Setiap bait tuturnya berbaur materialistik. Bila ditegur wajahnya yang seakan tidak dimakan usia, dia mula bercerita mengenai doktor kulitnya yang kononnya ‘one of the best in Hollywood’. Kemudian mengaku diri kurus kerana dia mengupah live-in chef, khusus untuk menyediakan makanan rendah kalori. Dia juga bercerita mengenai sesi senaman bersama celebrity trainer yang dianjurkan oleh kawan-kawan kayanya di luar negara. Kata Shireen lagi, orang jarang nampaknya di KL sebab dia bercuti sepanjang tahun di luar negara. Dia selalu di New York kerana ada ahli keluarganya memang tinggal di sana. Untuk summer holiday, dia kembara sekitar Eropah bersama boyfriend baru dan
Christmas ini dia mahu habiskan masa di London dengan anak perempuan tunggalnya yang menuntut di sana.

See also
5 Kisah Intipati Pelik Yang Digunakan Dalam Produk Kecantikan Kini

Memang happening Shireen ni sejak kembali sendiri. “I’m in Singapore just for the weekend. My Dutch boyfriend has to attend a tech conference here. Datin, you must meet my Mark. He’s the sweetest guy. Oh, and he owns a very successful start up firm in Amsterdam.” Dah lama ke kenal? “Christmas ni genaplah setahun kami kenal. And I really want him to meet my daughter in London. I’m sure she’d approve of him!” Ya Allah, meluat betul Datin X mendengar. Anak dah besar panjang, maknya perangai macam anak dara baru bercinta.

Bukanlah Datin X nak mengata, tetapi buat-buatlah merendah diri sikit. Kita bukannya muda lagi. Hidup Shireen pun bukannya semewah dulu semenjak bekas suaminya ditahan kerana money laundering. Waktu keadaan huru-hara dulu, Shireen awal-awal lagi angkat kaki dulu. Kata orang, dalam senyap-senyap dia menggadai barang kemas, jam tangan mewah dan perabot-perabot antiknya di luar negara. Dalam pada Shireen berbicara dalam nada megah, entah dia sedar atau tidak yang suami Datin X sudah banyak kali tolong bayarkan college fees anaknya di London.

See also
Datin X: Hilang Identiti Apabila Hidup Tanpa Adat

Jadi bila Datin X menadah telinga mendengarnya melalut mengenai dirinya yang travel tak berhenti, beli itu dan ini, Datin X
jadi kasihan padanya. Shireen masih rasanya dirinya entitled, masih rasa dirinya orang penting, masih punya gelaran. Padahalnya, she has no worth at all. Harta keluarga habis semua gara-gara bekas suaminya diisytihar bankruptcy. Shireen pun masa senang mana mahu beringat. Asyik berbelanja mewah, haram satu sen pun dia tidak pernah menyimpan. Gaya hidupnya yang konon jetsetter sekarang pun dibiayai oleh boyfriend-boyfriend Mat Salehnya yang silih bertukar ganti. Hari ini memanglah masih cantik dan bergetah walau usia sudah masuk 40-an. Tetapi bila dah tua kerepot esok macam mana? Harap-harap Mark yang you kenal belum sampai setahun tu terimalah you seadanya ya.