Datin X: Kehidupan Baru Selepas Kematian Suami - Glam Malaysia

Datin X: Kehidupan Baru Selepas Kematian Suami

Selepas brunch di TWG, Datin X tergerak hati ingin ke Hermes. Baru hendak masuk, daun pintu ditolak oleh seorang wanita jelita. Banyak betul diborongnya sampaikan terpaksa dibantu staf butik untuk mengangkat beg-beg kertasnya. Tergamam sekejap Datin X bila wanita tadi menyapa, menghulurkan tangan mahu bersalam.

 

“Assalamualaikum Datin, you remember me?” Dia mengalihkan kacamata Dior Split yang menutup rangka wajah kecilnya. Wajah wanita itu bercahaya, mengharapkan Datin X mengenalinya. Datin X terkebil-kebil cuba nak ingat. “Oh, Che Puan rupanya! I ingatkan artis mana tadi!” jawab Datin pura-pura terkejut. Kami berbual seketika di hadapan Hermes tetapi mata Datin X terpaku melihat seorang lelaki yang turut bersama menemaninya. Lelaki tersebut seakan tidak mahu mengangkat muka, mungkin tidak ingin diperkenalkan lalu masuk ke butik lelaki di sebelah seolah-olah sibuk mencari tali leher.

 
Secara rasmi, wanita tadi bukannya bergelar pun. Kami semua panggil Che Puan atas rasa hormat mengenangkan kedudukan suaminya. Beberapa tahun lepas, suami Che Puan telah pergi menghadap Ilahi. Dia pula isteri kedua. Dulu pernahlah Datin X bertemunya di sebuah majlis besar. Apabila suami dan isteri pertama duduk di depan sebagai tetamu kehormat, dia duduk, beberapa baris di belakang. Semua orang tahu dia isteri kedua. Arwah suami pun tidak pernah berahsia malah tidak pernah lupa untuk include isteri kedua dalam pelbagai majlis rasmi.

See also
NYFW: Model Marc Jacobs Tanpa Secalit Solekan

 

Namun orang ramai paling salute tentulah si isteri pertama. Sudahlah berkongsi kasih dengan orang kedua tetapi turut terpaksa berkongsi harta dan kedudukan juga. Arwah suami bukan jenis lelaki yang menyorok isteri kedua seperti perempuan simpanan. Everything is out in the open. Tiada siapa pernah dengar cerita-cerita yang kurang menyenangkan, jauh sekali bercakaran dengan madunya. She handled everything with class and grace. Sejak suami meninggal dunia, kami jarang sekali dapat bertemu. Dengar cerita dia kerap mengikuti kelas agama anjuran masjid berdekatan rumahnya. Baguslah kalau begitu.

 

Che Puan tadi ni pula, dulu berselendang manja sekarang dah freehair dan seksi pula. Datin X tengok dia atas bawah. Dulu regular kain tudung Ariani, sekarang dia head-to-toe Gucci. Kemeja oversize dia stailkan off-shoulder kemudian digandingkan bersama skirt pleated emas dan kasut slip-on bertapak fur. Gelang-gelang emas Cartier separuh lengan, makeup setebal-tebalnya, wingtip on point! Che Puan seperti burung yang sudah lama terkurung, tiba-tiba dilepaskan dari sangkarnya.

See also
Innai Red "oREDgami"

 

Mengenai lelaki yang ada bersama menemaninya, Datin X enggan berselindung. Terus Datin X tanya, “Boyfriend ke?” Che Puan tersipu-sipu malu seakan anak remaja baru bercinta. Balasnya, bila dah sampai masanya (untuk berkahwin), dia pasti akan jemput. Datin X pun mengiyakan, walau pun langsung tidak berharap. “Baguslah jikalau sudah ada pengganti. You pun muda lagi,” sampuk Datin X cuba menjadikan suasana kurang janggal. Datin X tak mahulah menyentuh mengenai arwah suaminya lagi. Yang lepas, biarkan berlalu. Apa yang penting, hari ini!

 

Setahu Datin X, semenjak suami meninggal, Che Puan is really enjoying the single life. Katanya sekarang sudah jadi jetsetter. Oh, macam-macam cerita Datin X dengar. Almaklum sudah kembali sendiri, usia pun masih muda dan lawa pula tu; jadi banyaklah kumbang datang hinggap. Ingatkan Che Puan nak tangkap Mat Salleh, rupa-rupanya Melayu juga pilihan hatinya ya?

 

Che Puan juga dikatakan memiliki kediaman di Abu Dhabi dan kerap mengunjungi rumah hinggapnya di Dubai. Sesekali Che Puan ke London menjenguk anaknya di boarding school dan selebihnya dihabiskan terbang mengelilingi dunia menumpang private jet kawan-kawannya yang juga kaya raya untuk bercuti dan bersuka-ria. Hari ini dia shopping di Rue Saint-Hanore, Paris manakala di hujung minggunya bermalasan di private beach di Mykonos, Greece. Dia juga tidak menghebahkan gaya hidupnya di media-media sosial. Tiada Facebook, tiada Instagram.

See also
Korner Mak Datin: Datin Palsu Gigit Jari, Datuk Yang Dikejar Menghilangkan Diri