Datin X: Apabila Lelaki Lebih Cantik Dari Perempuan - Glam Malaysia

Datin X: Apabila Lelaki Lebih Cantik Dari Perempuan


 

Pernah pada suatu majlis pernikahan, bakal pengantin perempuan bersalaman dengan semua tetamu wanita sebelum naik ke pentas untuk dinikahkan. Salah seorang yang disalamnya itu, sebenarnya bukan wanita tulen. Sebilangan daripada kami yang mengetahui cuma mampu melihat dari jauh. Kerana apabila berjabat tangan, maka batallah air sembahyang si pengantin tadi dan sesungguhnya Datin X terasa berdosa sangat bila teringat balik. We should have said something!

 

Inilah dia bahananya apabila terpaksa menanggung rahsia yang terlalu hebat. Wanita tersebut yang Datin X kenali memang sejak dari muda remaja lagi sudah telan hormon dan buat pembedahan tukar jantina. Orangnya memang baik. Bertudung penuh, bersolek cantik, kulit putih bersih, suara tak pecah lubang langsung. Raut muka comel laksana anak patung, Lelaki yang memandang pasti mahu toleh dua kali.

 

Kita yang perempuan betul ni pun tak mampu nak dapat kulit semulusnya. Segala macam produk dan suplemen kecantikan ditelannya, appointment dengan ‘doktor’ tidak pernah miss. Ya, ‘wanita’ ini cukup bijak melindungi identiti diri sebenar. Dia enggan bergaul atau ada kaitan langsung dengan golongan mak nyah. Jadi orang kebanyakan tidak mungkin dapat syak, apatah lagi dia memiliki anak angkat. Kononnya ibu tunggal tetapi cantiknya, aduhai… mengalahkan janda berhias!

See also
Retorik: Tekanan Media Sosial Membawa Kepada Kemurungan?

 

Baru-baru ini Datin X terdengar yang ‘wanita’ tersebut sedang hangat bercinta dengan seorang duda yang juga businessman berjaya. Ramai yang sedang menanti keduanya naik pelamin. Kami yang mengetahui, cuma mampu telan air liur. “You rasa Datuk tu tahu ke?” Masuk pesanan Whatsapp di kala jam menghampiri tengah malam. Sebagai antara sebilangan yang mengetahui, kami dirudung rasa bersalah yang amat sangat. “Should we tell him?” Satu lagi pesanan masuk.

 

Berkongsi pendapat seseorang yang juga bukan wanita tulen, beritahunya pada Datin X, lelaki hari ini tidaklah sebodoh dulu. “Trust me, he knows. Hari ni ramai lelaki yang sudah boleh menerima. They’re more experimental than before.” Hmm… entah apa maksud yang cuba disampaikan oleh kawan tadi. Tapi gerak hati Datin X pun merasakan yang Datuk itu tahu pasangannya itu bukan wanita biasa. Kerana sebelum ini Datin X pernah juga dengar cerita mengenai seorang lelaki bergelar yang mengambil seorang pondan sebagai isteri kedua. Oleh kerana kejadian berlaku sekitar 1980-an, maka dikhabarkan kad pengenalan isteri mudanya itu diboleh tukar dari ‘Bin’ ke ‘Binti’. Semudah itu!

See also
Tatarias Wajah Paling Menawan Atas Karpet Merah Grammy Awards 2018