GLAM September 2018 - Ezurin Khyra & Tunku Nadya Khyra

GLAM SEPTEMBER 2018

Gambar Bustamam Mokhtar

Fashion’s Best Tag Team

Setiap kali saya bertanya kepada orang siapakah yang mereka mahu lihat di cover GLAM, setengah daripada mereka akan menjawab, Ezurin! Dan isu September selayaknya menjadi milik ikon fesyen ini. Kali pertama saya menemubual Ezurin adalah pada 2007. Itu kali pertama dia menghiasi muka depan majalah dan kehadirannya sebagai cover girl GLAM ketika itu menjadi talk of the town lantas menjawab persoalan umum mengenai siapakah Datin glamor itu.

 

September ini, kami kembali memaparkan Ezurin di muka depan kecuali kali ini lebih istimewa apabila anak gadis tunggalnya, Nadya turut menemani. Di sebalik gaya hidup Ezurin yang glamorous, this fashionable globetrotter juga adalah ibu yang cukup hands on di dalam perihal anak-anaknya khususnya dalam bab pendidikan. Ya, tidak semua dipaparkan di dalam media sosial. Apa yang pasti, bukan ramai ibu yang boleh mendabik dada dan memberitahu dunia yang I’ve raised five kids and they are one of the best students in school! Saya ikhlasnya kagum dengannya!

See also
GLAM APRIL 2016

 

Kepada ibu-ibu muda hari ini, saya rasa banyak yang boleh kita pelajari dari cover girl kita bulan ini. Anak-anak perlu diajar dari awal lagi mengenai kepentingan ilmu untuk masa depan. Dan apabila dia memahami betapa harga ilmu itu lebih mahal melangkaui nilai material, dia akan cuba sedaya upaya untuk menggapainya. There are things in this world that money can’t buy. Ilmu dan kasih sayang adalah asas kepada segalanya.