GLAM OKTOBER 2017 - NATASHA NOOR (GLAM NEXT FACE)

GLAM OKTOBER 2017

ALL ABOUT MODELS
 

Isu Oktober ini di dedikasikan kepada model, khususnya, kepada yang benar-benar signifikan kepada GLAM. Mereka adalah asas kepada visual-visual indah yang GLAM paparkan saban bulan. Tanpa mereka, maka muramlah halaman-halaman kami.

 

Kami menjemput barisan model lama dan baru untuk bersama bergabung dalam satu spread. Dari peragawati paling senior, Shasha Hamid hingga ke nama-nama besar yang berjaya merangkul gelaran ratu cantik seperti Kavitha Sidhu, Deborah Henry, Thanuja Ananthan. Di muka depan pula, kami memberi penghargaan kepada model baru yang dicungkil oleh GLAM, Natasha Noor — selaras dengan perancangan GLAM yang bakal melancarkan pusingan kedua pencarian model GLAM Next Face.