Istimewa bulan kemerdekaan ini, GLAM tampil isu khas Borneo bagi meraikan pembaca setia kami dari Sabah dan Sarawak. Sereni Linggi dan Shentel Lee, empunya empayar aksesori fesyen Sereni & Shentel menjadi penghias muka hadapan. Beberapa jelitawan dari Sabah dan Sarawak menghiasi ruangan Personaliti, antaranya Shir Chong, Datin Esmila Safri, Datin Seri Zaliah Bakar, Dewi Liana Deriestha, ikuti kisah peribadi serta gaya hidup dan selera fesyen mereka.
Tonton video di sebalik tabir pembikinan muka hadapan edisi Borneo bersama Sereni Linggi dan Shentel Lee.