Edisi Julai ini GLAM meraikan wanita berjaya dengan menampilkan Datin Wira Emilia Hanafi di muka hadapan dengan persalinan kot Sportmax yang cukup chic serta perhiasan gelang tangan koleksi The Atlas dari Tiffany & Co. Ikuti bicaranya dalam menguruskan Eftra Group disamping mengimbangi antara kerjaya dan keluarga.
Natasha Mohamad
Jesrina Arshad
Ruangan Personaliti menampilkan wanita bertuah dilahirkan dalam keluarga berada namun ianya bukanlah penghalang untuk mereka membina kerjaya. Dua wanita muda Jesrina Arshad dan Natasha Mohamad punya kecekalan dan bekerja keras untuk membangun empayar perniagaan mereka. Kisah keteguhan mereka pasti memberi seribu satu inspirasi buat anda!
Sempena lebaran ini juga GLAM bawakan modern mixes yang pasti memberi ilham untuk anda bergaya Syawal nanti. Ceraian Aidilfitri dari pereka tempatan diberi nafas kedua dengan padanan helaian terbaik dari koleksi Pra-Musim Luruh 2015.
Juga tonton video di sebalik tabir bersama Datin Wira Emilia Hanafi.