GLAM Februari 2019 - Sarah Shahdan

GLAM FEBRUARI 2019

Gambar Aaron Lee/Lenswork Studio

All For Love

 

Mungkin pada sebilangan, tidak patut ada hari-hari tertentu untuk meraikan cinta kerana cinta itu seharusnya dirai setiap hari, setiap masa; saya kurang setuju. Kadang-kala dalam hidup ini kita perlukan reminder. Kerana sebagai manusia, kita tidak mungkin terlepas daripada kekhilafan, terlupa menghargai cinta yang sedia ada di depan mata. Ada masanya kita perlu berhenti seketika dan kenang kembali sewaktu mula-mula bercinta dan mengapa kita pilih untuk bersamanya. Seperti kata puitis Pablo Neruda, “To feel the love of people whom we love is a fire that feeds our life.” Saya juga percaya, wanita yang berseri wajahnya dan memberi aura positif kepada orang disekelilingnya, adalah wanita yang merasai nikmat dicintai oleh pasangannya.

 

Dan memang tepat dengan tema cinta bulan Februari, koleksi Love daripada Cartier memberi mesej simbolik mengenai cinta selamanya. Dan secara kebetulan barang kemas terkini itu sudah sedia dipakai oleh jelitawan penghias muka depan bulan ini sewaktu dia melangkah masuk ke set penggambaran.

See also
GLAM JULAI 2018

 

Sarah Shahdan yang begitu rupawan, turut bergelar usahawan kosmetik jenama Marcella & Co yang kian mendapat tempat di hati pencinta alat solek tanahair. Tuan punya badan berkongsi serba sedikit mengenai peribadinya selain kisah dunia kecantikan yang menjadi tunggak perniagaannya. Sarah sendiri begitu rapi menjaga kecantikan diri dan secara semulajadinya, dia membina jenama kecantikan sendiri. Selain menyelak halaman bulan ini untuk membaca dengan lebih lanjut, anda juga boleh ke lama web GLAM.MY untuk video eksklusif bersama cover girl istimewa ini!